Tuesday, 16 April 2013

PRU-13 SARAWAK: PENGERUSI BN NEGERI DIJANGKA TEMUI SEMUA CALON ESOK!

-KETUA MENTERI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD YANG MENERIMA DOKUMEN PENCALONAN DARIPADA PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK AKAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT DENGAN ANGGOTA MAJLIS TERTINGGI BN DARI EMPAT KOMPONEN PARTI ITU, TERMASUK SEMUA CALON-CALON TERPILIH, BAIK PENYANDANG MAHUPUN MUKA BARU DI IBUPEJABAT PBB ESOK (RABU)-

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan semua calon parti komponen itu yang disahkan akan bertanding di 31 kerusi Parlimen Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada hari Rabu ini (esok), kata Setiausaha Agung BN negeri Datuk Dr Stephen Rundi.

Beliau yang dipetik Bernama semalam sebagai berkata, Taib, yang menerima dokumen pencalonan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN nasional di Kuala Lumpur, akan mempengerusikan mesyuarat dengan anggota majlis tertinggi BN dari empat negeri parti komponen itu, termasuk penyandang dan muka baharu di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Bandraya Kuching di sini.

"Kami menyerahkan kepada pengerusi BN negeri untuk memperkenal calon berkenaan pada mesyuarat itu, yang dijangka menyentuh perkembangan terbaharu persediaan kita untuk menghadapi PRU13," katanya.

Bagaimanapun, Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak serta Presiden PBB, dijangka bertemu semua pemimpin parti komponen BN negeri di venue sama esok selepas menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan perumahan rakyat di Permyjaya New Township di Miri pada sebelah pagi.

PBB akan bertanding di 14 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) (empat) pada PRU13, yang bakal menyaksikan satu pertiga calon BN bagi kerusi Parlimen adalah muka baharu.

Dibawah ini adalah keputusan menyeluruh PRU-12 Negeri Sarawak pada tahun 2008:

P.192 Mas Gading (N.01 Opar dan N.02 Tasik Biru) - (1) Datuk Teekhee @ Tiki Lafe (530511135117) SPDP/BN- 8,551 undi (2) Dr Patau Rubis (460620135019) SNAP- 4,250 undi (3) Favian Tisen (600825135233) Bebas (Hilang Deposit) - 1,476 undi (4) Apin Baeng (630917135107) Bebas (Hilang Deposit) - 306 unit, Jumlah pengundi berdaftar: 21,968 orang, Cina: 22.7 peratus, Melayu/Melanau: 5.3 peratus, Bidayuh: 71.2 peratus, Iban: 0.8 peratus, Kertas Undi Rosak: 188, Kertas Undi DiKeluarkan: 14,800, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 29, Peratusan pengundi: 67.37 peratus, Majoriti: 4,301 undi 
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih/kelabu" namun kemelut yang melanda SPDP menimbulkan tanda tanya samada mampukah calon pilihan parti tersebut iaitu muka baru Anthony Nogeh menewaskan penyandang kerusi tersebut iaitu bekas rakan se-partinya Datuk Tiki Lafe sebelum mengumumkan beliau keluar dari parti sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding untuk mempertahankan kerusinya atas tiket "rakan BN" ataupun Bebas dan dijangka pertandingan untuk merebut kerusi ini juga akan disertai samaada calon PKR Willy Tumek ataupun calon DAP Mordi Bimol.

P.193 Santubong (N.03 Tanjung Datu, N.04 Pantai Damai dan N.05 Demak Laut) - (1) Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (460201135057) PBB/BN- 15,800 undi (2) Rahamat Idil Latip (681224135251) PKR- 3,855 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 30,836 orang, Cina: 5.6 peratus, Lain-lain: 1.0 peratus, Melayu/Melanau: 91.1 peratus, Iban: 2.3 peratus, Kertas Undi Rosak: 248, Kertas Undi DiKeluarkan: 19,959, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 56, Peratusan pengundi: 64.73 peratus, Majoriti: 11,945 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandangnya Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 berkeyakinan tinggi yang beliau mampu menewaskan pencabarnya iaitu calon PKR Zulrushdi Mohamed Hol dengan mudah, mala berazam untuk menang dengn majoriti yang lebih tinggi.

P.194 Petra Jaya (N.06 Tupong, N.07 Samariang dan N.08 Satok) - (1) Datuk Haji Fadillah Yusof (620417135515) PBB/BN- 19,515 undi (2) Mohamad Jolhi (591027135317) PKR- 5,118 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 40,533 orang, Cina: 12.0 peratus, Lain-lain: 2.0 peratus, Melayu/Melanau: 91.1 peratus, Bidayuh: 1.0 peratus, Iban: 5.0 peratus, Kertas Undi Rosak: 263, Kertas Undi DiKeluarkan: 25,027, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 131, Peratusan pengundi: 61.74 peratus, Majoriti: 14,397 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan pada mulanya, penyandangnya, Datuk Haji Fadillah Yusof, Ketua Pemuda PBB dan juga merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif (MOSTI) dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13  pad mulanya dikatakan akan berhadapan dengan Ketua Wanita PKR Sarawak Norhanim Mokhsen namun, nama Norhanim telah digantikan dengan Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari yang sebelum ini telah mencuba nasib bertanding di DUN Satok dalam PRN pada tahun 2011 dimana beliau tewas dengn majoriti 2,800 undi di tangan penyandang kerusi DUN Satok Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg, iaitu naib Presiden PBB dan juga memegang portfolio jawatan Menteri Perumahan dan Perlancungan Sarawak.

P.195 Bandar Kuching (N.09 Padungan dan N.10 Pending) - (1) Chong Chieng Jen (7102121350190) DAP/PR- 22,901 undi (2) Prof Dr Sim Yaw Yen (640312136085) SUPP/BN- 12,949 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 53,216 orang, Cina: 90.3 peratus, Lain-lain: 0.7 peratus, Melayu/Melanau: 5.7 peratus, Bidayuh:1.2 peratus, Iban: 1.9 peratus, Orang Ulu: 0.2 peratus, Kertas Undi Rosak: 242, Kertas Undi DiKeluarkan: 36,257, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 165, Peratusan pengundi: 68.13 peratus, Majoriti: 9,952 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "hitam" dan calon muka baru, Ketua Pemuda SUPP Pusat Tan Kai seakan telah diberi tanggungjawab yang begitu berat sekali dan tak keterlaluan jika dikatakan untuk misi untuk menawan kerusi Bandaraya Kuching bagaikan satu "misi yang agak mustahil" walaupun, terdapat desas-desus yang menyatakan penyandangnya Chong Chieng Jen yang juga merupakn Ahli DUN Kota Sentosa akan bertanding di P.196 Stampin untuk memberi peluang muka baru DAP untuk bertanding di P.195 Bandar Kuching.

P.196 Stampin (N.11 Batu Lintang, N.12 Kota Sentosa dan N.13 Batu Kawa) - (1) Datuk Yong Khoon Seng (411222135127) SUPP/BN - 21,966 undi (2) Voon Lee Shan (550806135745) DAP- 18,896 undi (3) See Chee How (640120135635) PKR (Hilang Deposit)- 2,198 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 67,257 orang, Cina: 78.0 peratus, Lain-lain: 1.4 peratus, Melayu/Melanau: 11.3 peratus, Bidayuh: 5.4 peratus, Iban: 3.5 peratus, Orang Ulu: 0.4 peratus, Kertas Undi Rosak: 428, Kertas Undi DiKeluarkan: 43,922, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 434, Peratusan pengundi: 65.30 peratus, Majoriti: 3,070 undi 
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan walaupun penyandang kerusi ini iaitu Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng telah menyatakan hasratnya untuk bersara dari dunia politik secara terbuka bahkan, bakal penggantinya juga telah disenaraipendekan dan dikenalpasti iaitu Ketua Pemuda SUPP William Yap, seorang peguam namun, secara realitinya, Khoon Seng adalah pilihan calon yang terbaik dalam PRU-13 ini lebih-lebih lagi penyandang kerusi Bandaraya Kuching Chong Chieng Jen dikatakan sedang mengintai peluang untuk bertanding di Parlimen Stampin.

P.197 Kota Samarahan (N.14 Asajaya dan N.15 Muara Tuang) - (1) Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (680531135169) PBB/BN- 15,559 undi (2) Hussain Abang Apok (461125135235) PKR- 4,148 undi (3) Awang Bakar Awang Daud (500613135479) Bebas (Hilang Deposit)- 898 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 28,517 orang, Cina: 1.9 peratus, Melayu/Melanau: 39.7 peratus, Iban: 46.7 peratus, Orang Ulu: 7.0 peratus, Orang Asli: 4.7 peratus, Kertas Undi Rosak: 449, Kertas Undi DiKeluarkan: 21,428, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 374, Peratusan pengundi: 75.14 peratus, Majoriti: 11,411 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan PBB telah meletakkan muka baru, seorang calon wanita Rubiah Wang, anak jati ota Samarahn yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Daerah Asajaya untuk mempertahankan kerusi Parliemen tersebut setelah penyandangnya Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib menyuarakan hasrat enggan bertanding dalam PRU-13 nanti.
 
P.198 Mambong (N.16 Bengoh dan N.17 Tarat) - (1) Datuk Dr James Dawos Mamit (481104135189) PBB/BN- 14,182 undi (2) Majen Panyog (541123135231) PKR- 7,525 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 36,147 orang, Cina: 24.5 peratus, Lain-lain: 0.4 peratus, Melayu/Melanau: 5.0 peratus, Bidayuh: 70.1 peratus, Kertas Undi Rosak: 473, Kertas Undi DiKeluarkan: 22,306, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 126, Peratusan pengundi: 61.71 peratus, Majoriti: 6,657 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih/kelabu" dan penyandangnya Datuk Dr James Dawos Mamit yang juga merupakan Timbalan Menteri Perlancongan yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti akan berhadapan dengan salah seorang dari calon DAP Mangan Ngandok ataupun calon PKR Willie Mongin kali ini.

P.199 Serian (N.18 Tebedu dan N.19 Kedup) - (1) Datuk Richard Riot Jaem (511201135089) SUPP/BN - 15,793 undi (2) Belayong Jayang (580320135881) SNAP- 2,366 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 27,901 orang, Cina: 12.4 peratus, Lain-lain: 0.1 peratus, Melayu/Melanau: 7.1 peratus, Bidayuh: 71.6 peratus, Iban: 8.8 peratus, Kertas Undi Rosak: 332, Kertas Undi DiKeluarkan: 18,516, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 25, Peratusan pengundi: 66.36 peratus, Majoriti: 13,427 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan dan penyandangnya Datuk Richard Riot Jaem, Timbalan Menteri Luar Negera dan juga Timbalan Presiden SUPP yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya diramalkan akan menang dengan mudah dalam PRU-13 nanti.

P.200 Batang Sadong (N.20 Sadong Jaya dan N.21 Simunjan) - (1) Hajah Nancy Shukri (610805135884) PBB/BN- 8,183 undi (2) Piee Ling (670106135951) PKR- 2,758 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 16,794 orang, Cina: 6.5 peratus, Lain-lain: 0.1 peratus, Melayu/Melanau: 66.8 peratus, Iban: 26.5 peratus, Kertas Undi Rosak: 170, Kertas Undi DiKeluarkan: 11,120, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 9, Peratusan pengundi: 66.21 peratus, Majoriti: 5,425 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih/kelabu" dan penyandangnya Hajah Nancy Shukri dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti.

P.201 Batang Lupar (N.22 Sebuyau, N.23 Lingga dan N.24 Beting Maro) - (1) Datuk Hajah Rohani Haji  Abdul Karim (550103135044) PBB/BN- 11,015 undi (2) Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi (760722135823) PAS- 2,923 undi (3) Ali Samsu (500220135275) Bebas (Hilang Deposit)- 250 unit, Jumlah pengundi berdaftar: 22,417 orang, Cina: 4.0 peratus, Lain-lain: 2.0 peratus, Melayu/Melanau: 70.0 peratus, Iban: 24.0 peratus, Kertas Undi Rosak: 193, Kertas Undi DiKeluarkan: 14,393, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 12, Peratusan pengundi: 64.21 peratus, Majoriti: 8,092 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu/putih" dan penyandangnya Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim, yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti dan pencabarnya adalah dari calon PKR iaitu Abang Zulkifli Abang Engkeh.

P.202 Sri Aman (N.25 Balai Ringin, N.26 Bukit Begunan dan N.27 Simanggang) - (1) Masir Kujat (540807135369) PRS/BN- 9,700 undi (2) Cobbold Lusoi (620315135039) Bebas- 5,448 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 25,724 orang, Cina: 15.8 peratus, Melayu/Melanau: 18.1 peratus, Bidayuh: 0.2 peratus, Iban: 65.9 peratus, Kertas Undi Rosak: 211, Kertas Undi DiKeluarkan: 15,513, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 154, Peratusan pengundi: 60.31 peratus, Majoriti:4,252 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan penyandangnya Masir Kujat yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti dimana beliau berkmungkinan akan berhadapan dengan calon DAP Leon Jimmy Donald dan calon SWP Andy Lawrence.  

P.203 Lubok Antu (N.28 Engkilili dan N.29 Batang Ai) - (1) William @ Nyallau Badak (500722135259) PRS/BN- 6,769 undi (2) Nicolas Bawin Anggat (580925135067) BEBAS- 5,159 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 17,190, Cina: 8.7peratus, Melayu/Melanau: 1.6 peratus, Iban: 89.7 peratus, Kertas Undi Rosak: 99, Kertas Undi DiKeluarkan: 12,038, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 11, Peratusan pengundi: 70.03peratus, Majoriti: 1,610 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu/hitam" dan penyandangnya William Nyallau yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti berkemungkinan akan berhadapan dengan Presiden SWP Larry Sng dan juga calon PKR Nicholas Bawin.

P.204 Betong (N.30 Saribas, N.31 Layar dan N.32 Bukit Saban) - (1) Dato' Seri Douglas Uggah Embas (550728135351) PBB/BN- 13,708 undi (2) Edmund Stanley Jugol Benedict (490813135135) SNAP- 1,999 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 22,088 orang, Cina: 5.0 peratus, Melayu/Melanau: 33.8 peratus, Iban: 61.2 peratus, Kertas Undi Rosak: 246, Kertas Undi DiKeluarkan: 15,953, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 0, Peratusan pengundi: 72.22 peratus, Majoriti: 11,709 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandang buat penggal yang kelima, Dato' Seri Douglas Uggah Embas yang juga memegang portfolio Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti dan anak kelahiran Betong ini berkemungkinan aan berhadapan dengan calon PKR Noel Bucking.

P.205 Saratok (N.33 Kalaka dan N.34 Krian) - (1) Jelaing Mersat (481231135819) SPDP/BN- 12,470 undi (2) Mohd Yahya Abdullah (560903135295) PKR- 3,764 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 23,982 orang, Malay: 7.4 peratus, Melayu/Melanau: 35.4 peratus, Iban: 56.9 peratus, Orang Ulu:0.3 peratus, Kertas Undi Rosak: 218, Kertas Undi DiKeluarkan: 16,467, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 15, Peratusan pengundi: 68.66 peratus, Majoriti: 8,706 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu/hitam" dan dengan penyandangnya Jelaing Mersat yang telah dikatakan tidak akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti, beberapa nama individu termasuk anak gadis Presiden SPDP Tan Sri Datuk Sri William Mawan iaitu Barbara Mawan yang juga Ketua Puteri SPDP dikatakan telah disenarai-pendekkan sebagai pengganti Jelaing namun sesiapa saja yang terpilih menjadi calonnya akan berhadapan dengan calon PKR Ali Biju yang juga merupakan Ahli DUN Krian yang telah menewaskan Timbalan Presiden SPDP Datuk Peter Nyarok sewaktu perebutan kerusi DUN Krian dalam PRN-10 pada tahun 2011.

P.206 Tanjung Manis (N.35 Belawai dan N.36 Semop) - (1) Norah Abd Rahman (591004135584) PBB/BN- 0 undi (Menang Tanpa Bertanding), Jumlah pengundi berdaftar: 17,052 orang, Kertas Undi Rosak: 0, Kertas Undi DiKeluarkan: 0, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 0, Peratusan pengundi: 0 peratus, Majoriti: 0 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandangnya Norah Abdul Rahman yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti berkemungkinan akan mendapat tentangan pada saat-saat akhir dari PKR untuk menghalang Norah menang tanpa bertanding seperti pada PRU-12 pada tahun 2008 yang lalu.

P.207 Igan (N.37 Daro dan N.38 Jamoreng) - (1) Wahab Haji Dollah (501115135171) PBB/BN- 0 undi (Menang Tanpa Bertanding) (2) Junak Jawek (520714135433) BEBAS- 0 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 15,735 orang, Kertas Undi Rosak: 0, Kertas Undi DiKeluarkan: 0, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 0, Peratusan pengundi: 0 peratus, Majoriti: 0 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandangnya Wahab Haji Dollah yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti setelah memenangi kerusi tersebut sebanyak dua kali dalam PRU-11 dan PRU-12 pada tahun 2004 dan 2008.

P.208 Sarikei (N.39 Repok dan N.40 Meradong) - (1) Ding Kuong Hiing (550120135193) SUPP/BN- 10,588 undi (2)  Wong Hua Seh (510519135113) DAP- 10,537 undi (3) Lau Kieng Chai (480612135041) BEBAS- 116 undi (Hilang Deposit) (4) Kung Chin Chin (740404135168) BEBAS- 545 undi (Hilang Deposit) (5) Ngu Tieng Hai (570812135029) BEBAS- 105 undi (Hilang Deposit), Jumlah pengundi berdaftar: 31,675 orang, Cina: 67.2 peratus, Melayu/Melanau: 7.7 peratus, Iban: 25.1 peratus, Kertas Undi Rosak: 176, Kertas Undi DiKeluarkan: 22,246, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 179, Peratusan pengundi: 70.23 peratus, Majoriti: 51 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu/hitam" dan penyandangnya Kuong Hiing yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti pasti akan mendapat tentangan yang amat hebat terutamanya dari musuh parti tradisi SUPP iaitu DAP memandangkan pada PRU-12 beliau hanya menang dengan majoriti tipis iaitu hanya dengan 51 undi.

P.209 Julau (N.41 Pakan dan N.42 Meluan) - (1) Datuk Joseph Salang Gandum (500101135117) BN- 10,351 undi (2) Labang Jamba (530424135047) PKR- 2,767 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 20,306 orang, Cina:  6.3 peratus, Lain-lain: 0.1 peratus, Melayu/Melanau: 0.9 peratus, Iban: 92.7 peratus, Kertas Undi Rosak: 182, Kertas Undi DiKeluarkan: 13,313, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 13, Peratusan pengundi: 65.56 peratus, Majoriti: 7,584 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan penyandangnya Datuk Joseph Salang Gandum yang memegang portfolio Timbalan Menteri Penerangan , Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti berkemungkinan aan berhadapan dengan calon SWP ang juga merupakan Ahli DUN Meluan Wong Judat dan juga calon dari PKR.

P.210 Kanowit (N.43 Ngemah dan N.44 Machan) - (1) Aaron Dagang (581212135037) PRS/BN- 0 undi (Menang Tanpa Bertanding), Jumlah pengundi berdaftar: 17,613 orang, Kertas Undi Rosak: 0, Kertas Undi DiKeluarkan: 0, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 0, Peratusan pengundi: 0 peratus, Majoriti: 0 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih/kelabu" dan penyandangnya Aaron Dagang yang dijangka tidak akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti dan diganti dengan seorang muka baru Joseph Jawa yang pastinya akan ditentang calon PKR Thomas Laja dan calon SWP.

P.211 Lanang (N.45 Bukit Assek dan N.46 Dudong- (1) Datuk Tiong Thai King (450704135105) SUPP/BN- 19,476 undi (2) Wong Kee Woan (620824135125) DAP- 14,612 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 49,530 orang, Cina: 73.0 peratus, Melayu/Melanau: 5.5 peratus, Iban: 21.5 peratus, Kertas Undi Rosak: 253, Kertas Undi DiKeluarkan: 34,443, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 102, Peratusan pengundi: 69.54 peratus, Majoriti: 4,864 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu/hitam" dan penyandangnya Datuk Tiong Thai King yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti berhadapan satu tugas yang agak rumit untuk mengulangi kejayaannya dalam PRU-12 tahun 2008 yang lalu dan beliau dijangka akan ditentang oleh calon dari DAP iaitu Alice Lau yang sebelum ini pernah tewas kepada Datuk Seri Wong Soon Koh dalam prebutn DUN Bawang Assan pada PRN-10 tahun 2011 yang lalu.

P.212 Sibu (N.47 Bawang Assan, N.48 Pelawan dan N.49 Nangka) - (1) Datuk Robert Lau Hoi Chew (420915135087) SUPP/BN- 19,138 undi (2) Wong Ho Leng (591221135337) DAP- 15,903 undi (3) Lim Chin Chuang (500905135593) PKR- 812 undi (Hilang Deposit), Jumlah pengundi berdaftar: 53,679 orang, Cina:  60.0 peratus, Lain-lain: 0.9 peratus, Melayu/Melanau: 20.0 peratus, Iban: 18.0 peratus, Orang Ulu: 1.1 peratus, Kertas Undi Rosak: 334, Kertas Undi DiKeluarkan: 36,379, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 192, Peratusan pengundi: 67.77 peratus, Majoriti: 3,235 undi
-Pilihanraya Kecil - (16hb April 2011) (1) Wong Ho Leng DAP- 18,845 undi (2) Robert Lau Hui Yew SUPP/BN- 18,447 undi (3) Narawi Haron Bebas- 232 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 54,695 orang, Peratusan pengundi: 70 peratus, Majoriti: 398 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan penyandangnya Wong Ho Leng yang juga adalah Ahli DUN Bukit Assek tidak akan mempertahankan kerusinya kerana sedang menerima rawatan ketumbahan di bahagin otaknya dan penganti beliau adalah calon DAP iaitu Oscar Ling yang dijangka akan berhadapan dengan calon muka baru dari SUPP/BN iaitu Temonggong Vincent Lau yang dikatakan mempunyai peluang cerah untuk mrmpas kembali kerusi Parlimen Sibu.

P.213 Mukah (N.50 Dalat dan N.51 Balingian) - (1) Datuk Sri Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah (500411135067) PBB/BN- 10,090 undi (2) Hai Merawin @ Bonaventure (500410135495) BEBAS- 3,792 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 22,851 orang, Cina:  9.5 peratus, Melayu/Melanau: 71.2 peratus, Iban: 19.3 peratus, Kertas Undi Rosak: 521, Kertas Undi DiKeluarkan: 14,435, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 32, Peratusan pengundi: 63.17 peratus, Majoriti: 6,298 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandangnya Datuk Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti telah meluahkan bahawa inilah penggal terakhir beliau.

P.214 Selangau (N.52 Tamin dan N.53 Kakus) - (1) Datuk Joseph Entulu Belaun (540608135091) PRS/BN- 0 undi (Menang Tanpa Bertanding), Jumlah pengundi berdaftar: 20,057 orang, Kertas Undi Rosak: 0, Kertas Undi DiKeluarkan: 0, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 0 , Peratusan pengundi: 0 peratus, Majoriti: 0 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu/hitam" dan penyandangnya Datuk Joseph Entulu Belaun yang memegang portfolio Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Malaysia adalah juga merupakan Timbalan President PRS dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti dan berkemungkinan akan berhadapan dengan Ketua Umum SWP Datuk Sng Chee Hua dan juga calon PKR Josuha Jabeng. 

P.215 Kapit (N.54 Pelagus dan N.55 Katibas) - (1) Datuk Alexander Nanta Linggi (580616135143) PBB/BN- 0 undi (Menang Tanpa Bertanding), Jumlah pengundi berdaftar: 22,723 orang, Kertas Undi Rosak: 0, Kertas Undi DiKeluarkan: 0, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 0, Peratusan pengundi: 0 peratus, Majoriti: 0 undi.
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandangnya Datuk Alexander Nanta Linggi yang telah dua kali menang tanpa bertanding dalam PRU-11 dan PRU-112 pada tahun 2004 dan 2008 lalu dan beliau dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti namun beliau berkemungkinan akan mendapat tentangan kali ini dari salah seorang dari calon PKR samaada Ketua PKR Cawangan Kapit Edward Sumbang ataupun Kennedy Paing, yang bekerja dalam bidang minyak dan gas di Bintulu.

P.216 Hulu Rajang (N.56 Baleh dan N.57 Belaga) - (1) Datuk Abit Joo @ Billy Abit Joo (490510135541) PRS/BN- 6,590 undi (2) George Lagong (600715135187) BEBAS- 4,426 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 17,696 orang, Cina: 1.1 peratus, Melayu/Melanau: 2.0 peratus, Iban: 60.7 peratus, Orang Ulu: 36.2 peratus, Kertas Undi Rosak: 139, Kertas Undi DiKeluarkan: 11,164, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 9, Peratusan pengundi: 63.09 peratus, Majoriti: 2,164 undi.
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan penyandangnya Datuk Billy Abit Joo telah diumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti dan bakal penggantinya adalah seorang calon muka baru iaitu Wilson Ugak yang berkemungkinan akan berhadapan dengan calon SWP yang juga Ahli DUN Palagus George Lagong and calon PKR Abun Sui Anyit.
 
P.217 Bintulu (N.58 Kemena, N.59 Kidurong dan N.60 Jepak) - (1) Datuk Tiong King Sing (610903135159) SPDP/BN- 23,628 undi (2) Lim Su Kien (730708136224) DAP- 8,663 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 50,404 orang, Cina: 26.3 peratus, Lain-lain: 0.3 peratus, Melayu/Melanau: 24.0 peratus, Iban: 49.0 peratus, Orang Ulu: 0.4 peratus, Kertas Undi Rosak: 288, Kertas Undi DiKeluarkan: 32,629, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 50, Peratusan pengundi: 64.73 peratus, Majoriti: 14,965 undi. 
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandangnya Datuk Tiong King Sing yang juga merupakan Timbalan Presiden SPDP yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti dan beliau diramalkan tidak akan mengelami sebarang kesukaran dalam usahanya untuk mempertahankan kerusinya dari mana-mana pihak pembangkang yang bertanding.
 
P.218 Sibuti (N.61 Bekenu dan N.62 Lambir) - (1) Haji Ahmad Lai Bujang (491126135349) PBB/BN- 8,238 undi (2) Micheal Teo Yu Keng (480324135231) PKR- 4,590 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 22,143 orang, Kertas Undi Rosak: 192, Kertas Undi DiKeluarkan: 13,030, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 10, Peratusan pengundi: 58.84  peratus, Majoriti: 3,648 undi.
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan penyandangnya Haji Ahmad Lai Bujang yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti berkemungkinan akan berhadapan denan calon PAS Robby Tandang.
   
P.219 Miri (N.63 Piasau, N.64 Pujut dan N.65 Senadin) - (1) Datuk Peter Chin Fah Kui (450831135001) SUPP/BN- 19,354 undi (2) Fong Pau Teck (690629135879) DAP- 14,138 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 55,963 orang, Cina: 55.0 peratus, Lain-lain: 2.8 peratus, Melayu/Melanau: 6.0 peratus, Iban: 28.2 peratus, Orang Asli: 8.0 peratus, Kertas Undi Rosak: 273, Kertas Undi DiKeluarkan: 33,969, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 204, Peratusan pengundi: 60.70 peratus, Majoriti: 5,216 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan penyandangnya Presiden SUPP dan juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui telah mengumumkan beliau tidak akan bertanding bagi memberi ruang kepada muka baru calon SUPP iaitu Setiausaha Politiknya Sebastian Ting yang juga dikatakan mempunyai peluang untuk menang dan beliau dijangka akan ditentang oleh calon PKR Dr. Michael Teo Yu Keng.
 
P.220 Baram (N.66 Marudi dan N.67 Telang Usan) - (1) Datuk Jacob Dangau Sagan (460926135089) SPDP/BN- 7,996 undi (2) Kebing Wan (471107135599) BEBAS- 3,952 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 24,425 orang, Cina: 12.9 peratus, Melayu/Melanau: 6.3 peratus, Iban: 37.9 peratus, Orang Ulu: 42.8 peratus, Kertas Undi Rosak: 167, Kertas Undi DiKeluarkan: 12,126, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 11, Peratusan pengundi: 49.65 peratus, Majoriti: 4,044 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu" dan penyandangnya Datuk Jacob Dangau Sagan yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 berkemungkinan akan berhadapan dengan calon PKR Roland Engan.
P.221 Limbang (N.68 Bukit Kota dan N.69 Batu Danau) - (1) Hasbi Habibollah (630102135341) PBB/BN- 6,427 undi (2) Lau Liak Koi (521217135429) PKR- 5,751 undi, Jumlah pengundi berdaftar: 20,315 orang, Cina: 23.8 peratus, Melayu/Melanau: 43.7 peratus, Iban: 20.6 peratus, Orang Ulu: 11.9 peratus, Kertas Undi Rosak: 113, Kertas Undi DiKeluarkan: 12,380, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 89, Peratusan pengundi: 60.94 peratus, Majoriti: 676 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "kelabu/hitam" dan penyandangnya Hasbi Habibollah yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti akan berhadapan dengan Ketua PKR Sarawak dan juga Ahli DUN Ba'Kalalan Baru Bian.
 
P.222 Lawas (N.70 Ba'Kelalan dan N.71 Bukit Sari) - (1) Henry Sum Agong (460218135459) PBB/BN- 8,526 undi (2) Japar Suyut (610804136287) PKR- 734 undi (Hilang Deposit), Jumlah 
pengundi berdaftar: 15,717 orang, Cina: 15.6 peratus, Lain-lain: 0.3 peratus, Melayu/Melanau: 60.0 peratus, Iban: 8.9 peratus, Orang Ulu: 15.2 peratus, Kertas Undi Rosak: 82, Kertas Undi DiKeluarkan: 9,342, Kertas Undi Tidak DiKembalikan: 0, Peratusan pengundi: 59.44 peratus, Majoriti: 7,792 undi
ULASAN: Parlimen ini dikategorikan sebagai kawasan "putih" dan penyandangnya Henry Sum Agong yang dijangka akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusinya dalam PRU-13 nanti akan berhadapan dengan seorang calon DAP Dr Bob Baru.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List