-KESEMUA MEREKA MENYATAKAN PENDIRIAN TIDAK AKAN BERTANDING DALAM PRU-13 KERANA INGIN MEMBERI LALUAN KEPADA MUKA BARU! POK NIK, KIT SIANG & MEREKA-MEREKA YANG "SEUSIA-SEBAYA" TAHAP NYANYUK PATUT MENCONTOHI AMALAN MULIA SEBEGINI DARI MERAPU MEROYAN TAK TENTU PASAL! KEKEKE!!!-
Empat presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.
Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.
Chua Soi Lek -MCA |
Peter Chin - SUPP |
Terkini, Bernama melaporkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum pada Isnin.
Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
M. Kayveas -PPP |
Koh Su Kun -Gerakan |
Kayveas yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.
DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti. Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen.
PENGUMUMAN SENARAI CALON PRU-13 PARTI KOMPONEN BN MULAI ESOK!
Dalam perkara berkaitan, Pengerusi Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Umno akan mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) esok, sementara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, mulai hari ini.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata pengerusi BN negeri-negeri akan menyampaikan surat watikah pencalonan kepada calon-calon BN di negeri masing-masing pada Selasa.
Beliau berkata pemilihan calon telah melalui proses yang panjang, meliputi banyak rundingan dengan parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri, selain mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk melihat perubahan dalam barisan calon BN.
"Senarai calon BN ini merupakan barisan yang pada hemat saya terbaik yang mampu kita sediakan," katanya yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyerahkan surat watikah Pencalonan dan Aku Janji BN kepada presidenparti-parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri di sini hari ini.
Sementara itu, pengerusi BN negeri-negeri yang ditemui selepas majlis itu enggan mendedahkan apa-apa sebaliknya memaklumkan senarai calon BN untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan pada Selasa di setiap negeri.
Sebelum itu Najib telah memberi bayangan iaitu 31 peratus calon BN pada PRU-13 adalah mereka yang daripada kumpulan profesional dan ulama.
"BN cuba melakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan dan kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki Diploma ke atas."
"Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, Pegawai Tadbir Diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen dan pengerusi BN negeri di Menara Dato Onn siang tadi.
"Selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi dan bukan semua akan sertai kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya lagi.
Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.
"Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkan inklusif sebanyak mungkin," katanya.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®