Tuesday 22 November 2016

Chong Pecah Rekod: Digantung Hari Pertama Persidangan DUN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen, yang juga Pengerusi DAP Sarawak memecah rekod apabila beliau menjadi ADUN pertama digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pertama DUN Sarawak bersidang.

Penggantungan beliau daripada menghadiri persidangan DUN selama lapan hari yang baharu bermula semalam berkuat kuasa serta merta.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar membuat keputusan itu selepas Chong enggan menarik balik 'dakwaan rasuah yang sangat serius' rasuah terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Chong sebelum ini telah cuba untuk memfailkan usul terhadap Adenan atas dakwaan kehilangan sejumlah RM25O juta yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM905,900,000 diluluskan untuk projek-projek kecil luar bandar pada persidangan DUN tahun lepas.

Terdahulu, Asfia kemudian menasihati Chong supaya menarik balik dakwaannya namun setelah Chong ditolak, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh mengemukakan usul untuk menggantung Chong dan usul ini disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List