Wednesday 3 February 2016

Malu Di Halau Dari Sarawak, Mak Lampir Nak Saman Idris Buang Pulak?


Mungkin merasa malu kerana dihalau dari Sarawak baru-baru ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin ataupun nama glamournya "Mak Lampir" bagaikan cuba menutup "kemaluan"nya dengan mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli Majlis Tertinggi PBB Dato' Idris Buang kerana kononnya Idris sengaja mengambil kenyataannya di luar konteks.

Zuraida yang dipetik dari Facebook rasmi PKR Sarawak semalam sebagai berkata, Idris Buang sengaja mengambil kenyataannya di luar konteks dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang akan diambil terhadap Idris yang juga merupakan bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan bekas Senator.


Beliau juga mendakwa, pakatan pembangkang Pakatan Harapan, seperti sebelumnya Pakatan Rakyat, amat komited untuk menyokong autonomi penuh daripada negeri-negeri di Malaysia Timur Sarawak dan Sabah, dalam semangat Persekutuan Malaysia yang telah dijanjikan kepada mereka oleh pengasas-pengasas negara ini, menjaga hak dan kepentingan yang lebih besar kepada rakyat Sarawak dan Sabah, mengadakan sebuah negara yang adil, saksama dan bebas daripada skandal politik, rasuah, pembaziran dana awam dan eksploitasi ahli-ahli masyarakat yang lemah.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menyokong penuh langkah kerajaan negeri yang melarang Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee Abdullah, yang dikenali sebagai fanatik perkauman dan agama daripada memasuki Sarawak.

"Semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah berikrar memberi sokongan penuh untuk autonomi imigresen kedua-dua negeri di Malaysia Timur, tetapi kami akan terus menyuarakan bantahan kami kuat untuk penyalahgunaan kuasa yang terletak hak di negeri ini, dan keputusan-keputusan sewenang-wenangnya untuk menghalang demokrasi ahli-ahli parlimen yang dipilih dan aktivis dari memasuki Sarawak dan Sabah untuk menjalankan aktiviti sah dan halal."

"Pemimpin-pemimpin Malaysia Barat politik dan aktivis hak sosial dan awam akan terus ke Sarawak dan Sabah untuk menyokong perjuangan yang adil dan sah rakyat Sarawak dan Sabah untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat. Ini ahli-ahli parlimen yang dipilih secara demokrasi dan aktivis tidak seperti golongan fanatik perkauman dan agama seperti Perkasa dan mana-mana pihak yang seperti mereka.

"Rakyat Sarawak harus berjaga-jaga bahawa BN menyalahgunakan kuasa autonomi untuk tujuan politik sendiri...blablablabla...."


Namun begitu, Zuraida dengan jelas dipetik dari KLExpress sebagai berkata, “Apabila pembangkang mengambil alih kerajaan, parti akan memastikan mengubah undang-undang berkenaan (menghapuskan keistimewaan Imigresen) kerana tidak adil kepada rakyat Malaysia."

Pada pandangan peribadi penulis, Zuriada membuat kenyataan "U-turn" ini apabila menyedari kenyataan asalnya (iaitu untuk mengubah undang-undang menghapuskan keistimewaan Imigresen Sarawak) mendapat respon negatif dari rakyat Sarawak khususnya di media sosial.

Rata-rata rakyat Sarawak berpendapat sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negara, semestinya 18 Perkara yang dimiliki Sarawak selama ini akan dihapuskan sama sekali sepertimana yang telah digambarkan oleh Zuraida dalam kenyataannya.

Menyedari kenyataannya mungkin akan memudaratkan PKR dalam PRN11 Sarawak nanti, Zuraida pula berdolak-dalih menyatakan Idris Buang telah sengaja mengambil hanya sebahagian daripada kenyataannya dan sebaliknya hendak mengertak untuk menyaman Idris yang juga seorang peguam.

"Hidung tak mancung, Pipi tersorong-sorong, Orang Sarawak janganlah kau nak cong, Silap-silap palak ko kenak pangkung".  -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List