Sunday, 7 February 2016

Aziz Terus Meroyan Nak Jadi Calon DAP



Teringat saya beberapa bulan yang lalu, Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak iaitu Abdul Aziz Iza begitu rajin turun ke padang di kawasan Tupong dan Satok untuk bertemu dengan penduduk disana sambil mengedar suratkhabar Roket Kini.

Pada masa itu, Aziz juga begitu yakin pemimpin PKR Sarawak akan berkompromi dengan DAP Sarawak mencapai kata sepakat dalam semangat berpasukan dan memberi laluan kepada mereka untuk bertanding di Tupong dan Satok.

Aziz, secara peribadi juga pernah menyatakan kepada penulis yang beliau akan bertanding di salah satu daripada kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 nanti.

"Kami pembangkang pasti akan mencapai kata sepakat dalam soal pembahagian kerusi kerana matlamat kami (pembangkang) adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan yang paling penting sekali, mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," itu antara kata-kata Aziz kepada saya suatu ketika dahulu.

Aziz nak jadi calon di Satok namun Salleh (PKR) sudah menempah nama di Satok
Namun kini, semuanya telah berubah, Aziz ibarat "lebih sudu dari kuah", dimana beliau dilihat mendahului Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menghentam PKR Sarawak apabila mereka bertegas akan terus mempertahankan kerusi DUN Tupong dan Satok.

Aziz, yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, PKR "mementingkan diri mereka sendiri" ketika mengumumkan calon-calon mereka untuk PRN11 yang akan datang.

"PKR hanya mementingkan diri mereka sendiri dengan mengumumkan calon mereka begitu awal sekali, tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak lain dalam Pakatan Harapan," dakwa Aziz sambil menambah bahawa PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi "walaupun telah tewas" pada PRN yang lepas.

"(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan tidak bekerjasamanya PKR Sarawak dan mereka mungkin sebenarnya tiada langsung tidak mempunyai niat untuk bertanding disana pada mulanya namun hanya bertindak "meredah" di kawasan tersebut apabila mereka terdesak maka, pertandingan tiga penjuru akan berlaku," kata Aziz lagi.

"PKR sukar untuk didekati kerana "kebodohan otak dan keegoan" mereka," katanya sambil menambah, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menewaskan BN.

"DAP telah turun padang dikawasan-kawasan tersebut sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 namun PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu sebelum pilihan raya," dakwanya lagi.

"Amat menyedihkan kerana PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan PKR sebagai sombong.

"PKR perlu melepaskan beberapa kerusi yang mahu ditandingi untuk DAP, kerana ia tidak memenangi kerusi-kerusi sebelum ini."

Jelas dari kata-kata Aziz diatas mengambarkan keinginannya yang membuak-buak hendak menjadi calon DAP pada PRN11 tidak dapat disembunyikan lagi lagi sehinggakan beliau berfikir secara tidak rasional lagi.

Tidak berapa lama dahulu DAP Sarawak juga telah mengumumkan barisan calon yang akan bertanding, bahkan Aziz sendiri pada status FBnya telah "mengumumkan" beliau akan bertanding samaada di Kota Sentosa atau Batu Kitang. Jadi apa salahnya PKR mengumumkan barisan calon mereka?

Umum tahu Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP yang majoritinya adalah pengundi Cina dan secara logiknya apakah penyandangnya iaitu bos Aziz sendiri-Chong Chieng Jen akan menyerah bulat-bulat kerusinya kepada seorang budak Melayu yang mentah dan naif seperti Aziz? (Keep on dreaming brader)

Dalam hal ini, Aziz sebenarnya kini dilihat sudah mencapai tahap "panik" dan kebimbangan beliau tidak ada peluang untuk bertanding menjadi calon DAP.

Tak apalah Aziz, saudara masih muda, sabarlah, mungkin apabila Chong Cheng Jen mencapai usia 70-han nanti mungkin anda akan diberi peluang untuk bertanding.

Sementara menanti saat tersebut, teruslah anda menjadi "maskot DAP" atau budak pengedar suratkhabar Roketkini kerana pada mata umum, itulah sahaja jawatan yang selayak-layaknya untuk anda dalam DAP Sarawak. -UnReportedNews™®


Baca artikel berkaitan-

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List