Wednesday 4 February 2015

Anwar Semakin Lama, Semakin Hampeh Dan Hangit


Ceramah Anwar bertajuk 'Ini semua salah UMNO' mendapat sambutan Hangit dari penyokong PAS Terengganu.

Program ceramah perdana 'Rakyat Hakim Negara' jelas terlihat sebagai satu program bagi meraih sokongan dan simpati rakyat terhadap kes liwat Anwar yang akan diketahui keputusannya 10 Februari ini.

Sehinggakan para penyokongnya telah menguar-uarkan di media sosial kehadiran mencecah sehingga 10000 ribu dalam siri ceramahnya di Kemaman, Terengganu semalam bagi menampakkan Anwar masih relevan sebagai seorang pemimpin.

Kenyataan tersebut merupakan satu jenaka apabila hakikatnya hanya lebih kurang 200 hadirin sahaja yang hadir. 

Gerakan boikot oleh penyokong PAS yang digembar-gemburkan sebelum ini terhadap siri ceramah Anwar jelas menampakkan kesan kerana rakyat sudah mual dengan maki hamun dan ceramah 'ketulaannya'.

Kebanyakan intipati ceramah hanya bermodalkan 'INI SEMUA SALAH UMNO' dan kritikan terhadap kerajaan dengan menjaja isu semasa seperti tragedi pesawat mas MH17 dan kehilangan MH370, banjir yang berlaku di beberapa negeri yang disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan.

Kenyataan Menteri Perdagangan dan Kepenggunan mengenai boikot peniaga tidak turunkan harga barang diputarbelit bagi menunjukkan Datuk Ismail sebagai rasis.

Anwar turut masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum yang ke 13 dengan menuduh wujud unsur-unsur penipuan.

Anwar kali ini dilihat sangat terdesak dengan kes liwat ini, bibit-bibit ke penjara semakin hampir, dan seperti kebiasaanya, rakyatlah yang diheret untuk menjadi benteng mempertahankan dirinya atas kepentingan peribadinya sendiri.-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List