Friday 1 January 2016

Tiba Masa Rakyat Sarawak Pula Tunaikan Janji Beri Mandat - Adenan

KUCHING: "Saya telah tunaikan janji-janji saya kepada rakyat Sarawak dan bila tiba Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tiga bulan nanti, rakyat Sarawak juga harus menunaikan janji memberi mandat selama lima tahun lagi kepada saya."

Demikian pemintaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang diluahkannnya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Tahun Baru 2016 dan Pemansuhan Tol Jambatan Tun Salahuddin disini semalam.

"Saya telah menunaikan janji untuk mengurangkan dan menyelaraskan bayaran feri di seluruh Sarawak kepada RM1 dan juga menurunkan harga elektrik."

"Bukan itu saja, saya telah berjanji memansuhkan semua tol di Sarawak termasuk tol Jambatan Lanang (Sibu) dan kini pada malam ini, kita tunaikan janji untuk memansuhkan tol Jambatan Tun Salahuddin menjadikan Sarawak sebagai negeri bebas-tol," katanya.

"Sarawak adalah negeri yang 'anih' dalam Malaysia kerana tidak ada tol dan selagi Adenan Satem jadi Ketua Menteri Sarawak, tidak ada tol akan dikenakan," tegasnya lagi.

"Semuanya ini adalah kerana kerajaan hendak mengurangkan beban kos kehidupan rakyat," tambah Adenan dihadapan lebih dari 15,000 warga Sarawak yang berhimpun di majlis berkenaan.

Hujan lebat tidak menghalang kehadiran ribuan pengunjung serta barisan pemimpin termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan barisan menteri kabinet negeri dan menteri persekutuan dari Sarawak yang membanjiri khemah khas yang dibina bagi majlis berkenaan.

"Kita (kerajaan) memang perihatin akan kebajikan rakyat Sarawak, khususnya rakyat di luar bandar maka itu kita akan memberi fokus kepada pembangunan luar bandar dan peruntukkan sebanyak RM1 bilion diperlukan bagi tujuan tersebut bagi merapatkan jurang perbezaan kehidupan."

Beliau juga mengingatkan Sarawak tiada masalah agama atau bangsa sambil memberi contoh seperti malam itu, pelbagai lapisan masyarakat boleh duduk bersama dalam keadaan harmoni dan aman damai.

Mengulangi pendiriannya, Adenan berkata, beliau telah dapat persetujuan dari UMNO yang mereka (UMNO) tidak akan masuk ke Sarawak.

"Maka seharusnya, DAP, PAS dan PKR juga sepatutnya tidak masuk ke Sarawak, hanya orang Sarawak yang tahu keadaan negeri ini," tegasnya lagi.

Pada majlis yang sama, Adenan juga mengumumkan calon BN bagi PRN Sarawak yang akan datang iaitu DUN Satok-Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg, DUN Pantai Damai-Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, DUN Samariang-Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan belau sendiri di DUN Tanjung Datu.

Selain daripada pertunjukan bunga api, majlis tersebut dihiburkan dengan persembahan oleh Datuk Jamal Abdillah, Dayang Norfaizah, Amir Ukays dan lain-lain penghibur tempatan. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List