Wednesday 16 December 2015

Chong Dihalau Dari DUN Sarawak


PETRA JAYA: Ketua Pembangkang Sarawak, Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mencetuskan kekecohan setelah enggan menarik balik kenyataan mengenai Bajet Negeri 2016 yang mengalami defisit serta menganggapnya sebagai ‘David Copperfield Accounting’.

Berikutan itu usul menggantung Chong daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Wong Soon Koh.

“Saya menggesa Yang Berhormat Chong Chieng Jen (DAP) agar menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan yang juga merupakan Menteri Kewangan.

“Jika beliau gagal menarik kenyataan tersebut, dengan ini akan mengemukakan usul pergantungan dengan segera dan tanpa sebarang syarat (bahas),” kata Wong yang Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada sesi berkenaan telah membuat keputusan Chong digantung setelah 32 daripada wakil rakyat di dewan menyokong usul tersebut sementara 12 daripadanya membantah.

Berikutan itu, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak diarahkan keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sesi undian tersebut tidak menyebelahi beliau untuk kekal di dalam dewan undangan negeri.-Sarawakiana.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Did he deserve it? Well,there're always two-sides a coin.The Hon.Speaker saw the "offence" offensive and the term "Copperfield Account" was used to mean hidden hands behind the State Budget.And YB Chong's arrogance deserved a punishment deemed approriate by the Hon.Speaker.

    Syabas kpd YB Speaker.The august House must be respected by all.We don't need arrogant so-called YB.Dewan bukan kedai kopitiam.(Di kedai kopitiam pun ada peraturan/standing order yg tidak bertulis.Tetapi pelanggan tetap tertib sambil minum kopi.)To be respected one must behave accordingly.

    one cent opinion.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List