Thursday 17 December 2015

Adenan Kotakan Janji Mansuhkan Tol


KUCHING: Pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk memansuhkan kutipan tol di Jambatan Tun Salahuddin di sini dalam ucapan penggulungan beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 semalam semestinya memberi tamparan hebat kepada pembangkang.
 
Mana tidaknya, dikala pembangkang sedang terumbang-ambing mencari isu nak dibangkitkan di Sarawak (sehinggkan mereka terpaksa membawa isu dari Semenanjung untuk dijadikan bahan), Adenan tampil dengan satu demi satu pembaharuan polisi yang lebih mesra-rakyat.
 
Tindakan Adenan memansuhkan tol sudah pastinya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak apatah lagi negeri ini kini berada di ambang Pilihan Raya Negeri pada bila-bila masa.
 
Pemansuhan tol tersebut yang dijadualkan berkuat kuasa tengah malam 31 Disember ini sekali gus menjadikan Sarawak bebas tol menjelang Tahun Baharu 2016.
 
Sekiranya pembangkang berhasrat untuk melabelkan tindakan pemansuhan tol Jambatan Tun Salahuddin ini hanyalah sebagai "gula-gula" pilihanraya, mereka sepatutnya maklum sebelum ini, dimana dua tol di Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan ASEAN di Baram, Miri telah dimansuhkan.
 
Rakyat juga tahu Adenan berbuat demikian hanya untuk mengkotakan janji; mellestarikan kehidupan serta mengurangkan beban kehidupan rakyat. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List