Thursday 28 May 2015

1MDB: Sarawak Report Berbohong Lagi




Portal Sarawak Report menyiarkan maklumat yang salah dan dakwaan yang tidak berasas mengenai penyata bank dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

“Ini suatu pembohongan. Saya tidak pernah memberikan sebarang penyata kepada Bank Negara. Pihak yang mendakwa hal yang sebaliknya adalah ternyata palsu dan salah, termasuklah sebarang pertuduhan berdasarkan hal tersebut,” kata Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arul Kanda, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh dalam penyiasatan oleh Jabatan Audit Negara dan bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Siasatan PAC yang telus dan terdiri daripada pelbagai parti yang seharusnya mencari jawapan kepada pelbagai soalan yang dilontarkan kepada syarikat ini,” katanya.

Arul Kanda juga meminta semua pihak agar menunggu hasil siasatan bebas ini dan tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat dakwaan yang tidak bertanggungjawab serta tidak berasas buat masa ini.

Sebelum ini, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa Arul Kanda telah menyediakan memberikan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi menggambarkan bahawa 1MDB mempunyai simpanan tunai dalam akaun Bank BSI di Singapura.

Portal itu mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI, selain menyatakan terdapat bukti BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura. - Awani

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List