Wednesday 8 January 2014

CUBA PECAHMASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI, DUA ANGGOTA RELA DIHUKUM ENAM BULAN PENJARA

-HARAP PAGAR, PAGAR MAKAN PADI! ITULAH ISTILAH YANG TEPAT DITUJUKAN KEPADA DUA ANGGORA RELA YANG DIDAPATI BERSALAH CUBA MEMECAHMASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI KDN!-

Dua anggota Rela dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuching hari ini kerana menceroboh dan cuba merompak rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lepas.

Aloi Ali, 42, dan Nurul Azmie Tahir, 30, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Majistret Maris Agan diberitahu bahawa kedua-dua lelaki itu yang merupakan anggota Rela sedang bertugas mengawal rumah berkenaan apabila mereka cuba mengumpil tingkap rumah itu pada 3.15 pagi.

Percubaan mereka terbantut apabila sistem penggera di rumah itu berbunyi, menyebabkan mereka lari lintang pukang.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun ditangkap Sabtu lepas dan seterusnya ditahan reman sebelum didakwa hari ini. 

Sebelum itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Deputi Supritenden Amihizam Abd Shukor berkata kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek pertama yang berumur 34 tahun dan mempunyai 12 rekod jenayah lampau ditangkap di Meludam (kira-kira 250 km dari Kuching), manakala seorang lagi yang berumur 30 tahun mempunyai dua rekod jenayah.

“Suspek ketiga berumur 36 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah,” katanya lagi.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List