Tuesday 17 December 2013

SABAH BAKAL DISERANG MILITAN LAGI?

-KETUA POLIS NEGARA MENEGASKAN PDRM SENTIASA BERSIAP SEDIA MENGHADAPI APA SAJA KEMUNGKINAN!-


Pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.

“Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Melaluinya kita akan ‘flush out’ semua anasir yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini.

“Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia,” kata Khalid.

Mengulas kes berbeza, beliau berkata polis akan mengambil keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh Mat Zain.

Semalam, Mat Zain membuat laporan mendakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat afidavit palsu berhubung rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat keduanya.

“Kita akan lihat kesalahan yang didedahkan dalam kenyataan dibuatnya Mat Zain),” kata Khalid. – BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List