Wednesday 23 October 2013

SESSI MEMANCING JAWATAN LANTIKAN DALAM PBB BERMULA?

-JENG! JENG! JENG! ADMIN UnReportedNews™® ADA MENERIMA BEBERAPA PANGGILAN TALIPON DARI BEBERAPA INDIVIDU UNTUK MEMOHON "PROMO" DIRI MEREKA KEPADA JAWATAN LANTIKAN DALAM PBB DI BLOG UnReportedNews™®! MOHON MAAF, UnReportedNews™® "DON'T TAKE SIDES IN PBB!". SEKIRANYA HENDAK DILANTIK, HARUSLAH BERDASARKAN KAPISITI DIRI SENDIRI BUKAN KERANA FAKTA LAIN! KEKEKE!!!-

Sesi pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah pun berakhir dengan jayanya semalam, kini bermula pula sesi memancing jawatan lantikan!

Pada pengamatan Admin UnReportedNews™®  inilah masanya, bagi mereka-mereka yang terdahulunya mungkin agak "kurang senang" atau "tak sekepala" dengan pemimpin-pemimpin mereka mula menunjuk sikap "mesra alam".

Peringatan kepada semua pembuat keputusan mana-mana jawatan lantikan itu nanti, buatlah keputusan dengan bijak, lantiklah individu-individu yang setia, berkelayakan, berwibawa dan yang paling penting sekali, cekap menjalankan tugas mengikut "jobscope" jawatan yang diberi.

Jangan memilih individu hanya berdasarkan "rasa kasihan", "kerana kawan" atau "semadi nadai" kerana impak dan implikasinya klak, lambat-laun akan memberi kesan kepada PBB secara menyeluruh.

Admin UnReportedNews™® yakin semua barisan sayap pemimpin PBB pasti akan membuat keputusan yang bijak serta memuaskan hati semua ahli-ahli PBB hingga ke akar umbi, lebih-lebih lagi melibatkan jawatan lantikan dalam parti.

Janganlah nanti bila rumah dah siap baru tukul baru mula berbunyi! Parah tu nanti! Kekeke!!!

PS: Jangan ambik ati ye kengkawan PBB, UnReportedNews™® hanya menyuarakan apa yang tersirat dalam hati secara ikhlas :)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List