Sunday 8 September 2013

BILA "KOMUNIS" MEMPERTAHANKAN DIRI?

-DAP JANGAN NAK BANYAK CAKAP! KALO FILEM TANDA PUTERA DI LABEL SEBAGAI FILEM "FIKSYEN", FILEM "NEW VILLAGE" TU PULA APA? REALITI? BASED OF TRUE STORY? APAK HANG LA KALO CERITA BETUL TU! KEKEKE!!!-

Ahli Parlimen DAP Segambut mencabar Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Perbadanan Filem Nasional (Finas) mencalonkan filem itu dalam festival filem antarabangsa.

Lim Lip Eng membayangkan tiada mana-mana juri perfileman bertaraf antarabangsa akan memberi sebarang undi kepada filem itu untuk memperoleh sebarang anugerah.

“Saya cabar Finas dan Shuhaimi untuk mencalonkan filem Tanda Putera dalam mana-mana festival filem antarabangsa.

“Kita mahu lihat sekiranya ada juri asing yang akan beri undi kepada filem Tanda Putera untuk memenangi sebarang anugerah,” dakwanya melalui satu kenyataan media.

Lip Eng seterusnya mendakwa, filem Tanda Putera menelan kos pembayar cukai sebanyak RM4.8 juta berdasarkan fakta sejarah.

Justeru, dakwanya, filem tersebut perlu tepat dan sebarang peristiwa yang tidak berlaku tidak boleh diketengahkan dalam filem berkenaan.

Dakwanya, Shuhaimi tidak boleh menggunakan ‘lesen kreatif’ sebagai alasan untuk memasukkan adegan khayalan ke dalam jalan cerita berkenaan kerana ini sebuah filem sejarah dan bukan genre fantasi.

Sehubungan itu beliau mengulangi gesaan supaya filem itu dicalonkan dalam mana-mana festival filem antarabangsa untuk melihat sama ada filem berkenaan boleh membanggakan negara. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Fakta sejarah tidak boleh diubah, itu yang telah di filemkan oleh Shuhaimi. Lainle kalau filem new village dia yang putarkan cerita, yang kejam dulu dipusingkan dalam filem jadi mangsa, yang dikejami pulak dipusingkan dalam filem jadi pemangsa. Mereka yang pusing cerita Tanda Putera pulak yang jadi mangsa, macam Amerika buat filem Rambo, Missing In Action, depa ni yang jahat tapi dalam filem dia pusingkan jadi Vietcong yang jahat, siapa yang datang menceroboh negara orang dia lah penceroboh dan perlu di halau keluar, kan sama tu kominis dan amerika, kedua dua nya menceroboh negara orang, bile kene bedil dia kata dia jadi mangsa kezaliman pulak, tak ke pelik....

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List