Sunday, 8 September 2013

DAP SEMEMANGNYA BUTA SEJARAH!

-BUKAN SETAKAT BUTA SEJARAH, MELAUN-MELAUN NI JUGA "BUTA-HATI" TAK MENGENANG JASA-JASA KERAJAAN YANG TELAH BANYAK MEMBANTU KAUM MEREKA NAMUN DIBALAS DENGAN TUBA SEWAKTU PRU-13 LEPAS! MEMANG PUN SPESIS NI TAK PANDAI MENGENANG UNTUNG "DIBERI" PELUANG HIDUP DI TANAH TUMPAH ORANG LAIN! KEKEKE!!!-

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebagai buta sejarah kerana enggan menerima hakikat pembabitan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Katanya sejarah adalah fakta sebenar, bukan rekaan yang boleh ditolak sesuka hati hanya kerana sesetengah pihak tidak suka dengan kejadian yang berlaku.

"Pahit ataupun tidak kita harus terima, kerana itu sejarah. Kita tidak boleh tukar sejarah yang berlaku dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upih, di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman.

Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sim yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.

Khamis lepas, Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan dilapor oleh portal berita Roketkini.com sebagai berkata kecaman terhadap Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah usaha BN menutup sejarah asli negara bagi mencapai kepentingan politik sempit.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata kemerdekaan negara dicetuskan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj yang juga Presiden Umno ketika itu.

"Maknanya Umno, BN banyak pengorbanannya dalam memerdekakann negara. Itu adalah sejarah," katanya. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. DAP tidak buta sejarah. Tetapi sengaja memanupulasikan Isu. Anak-anak muda akan konfius itulah tujuan sebenar mereka. Berhati-hatilah dengan idea licik mereka itu.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List