-ISU 40 RIBU RAKYAT BANGLADESH MENGUNDI PADA PRU-13 YANG LEPAS DIRANCANG PEMBANGKANG, DAKWA YUKTES SAMBIL MENAMBAH BELIAU MEMPUNYAI BUKTI KE ATAS DAKWAANNYA! KANTOI LAGI! KEKEKE!!!-
Dakwaan pembangkang kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang mengundi dalam Pilihan Raya Ke13 (PRU13) ternyata sebagai satu tindakan yang dirancang.
Bekas pembantu Sankara Nair (peguambela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim), Yuktesvaran Malaipan berkata, taktik kotor itu hanyalah penipuan semata-mata dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menjawab segala penipuan yang direka oleh mereka.
"Isu 40 ribu warga Bangladesh yang didakwa mengundi pada PRU13 lalu ternyata satu penipuan. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak, hak anda. Tetapi bagi saya, ia jelas tipu dan saya ada bukti.
"Isu ini seperti dirancang," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Yuktesvaran telah membuat laporan polis di balai polis Klang Selatan berhubung isu tersebut serta beberapa isu lain yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya, laporan itu adalah langkah terakhirnya dalam usaha menghentikan rancangan yang mencemarkan dan merenggangkan hubungan diplomatik Anwar dengan negara asing.
Sehubungan itu, Yuktesvaran memberi tempoh smeinggu kepada pihak pembangkang untuk menjelaskan isu penipuan tersebut.
"Saya beri mereka tujuh hari kepada mereka untuk menjawab mengenai dakwaan bahawa terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang mengundi pada PRU13," katanya.
Jelasnya, kekalahan PR pada PRU13 lalu sebenarnya disebabkan masalah dalaman parti itu sendiri dan bukannya kerana dakwaan terdapat 40 ribu pengundi Bangladesh yang disebarkan kepada rakyat terutamanya di media sosial.
"Laporan ini berdasarkan alasan Anwar bahawa seramai 40 ribu warganegara Bangladesh telah mengundi dan secara langsung mempengaruhi keputusan pilihanraya. Dia (Anwar) mengendahkan kenyataan rasmi duta Bangladesh dan terus mengaibkan nama negara bukan sahaja di serata Malaysia malah di Indonesia ketika melawat negara tersebut selepas pilihanraya.
"Dia sanggup ke seluruh negara memberitahu alasan 40 ribu pengundi Bangla namun bila tiba masa untuk membuat laporan polis beliau membuat laporan berdasarkan indelible ink (dakwat kekal)," katanya.
Sebelum ini, kedutaan Bangladesh melahirkan rasa kecewa mereka berikutan dakwaan Anwar serta konco-konconya terutama media pembangkang yang mendakwa warna negara berkenaan telah dituduh mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU lepas. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®