Friday 19 July 2013

SYABAS KERAJAAN KERANA TEGAS MENANGANI KES PASANGAN PORNO!

-MENTERI KDN DATUK SERI ZAHID HAMIDI MENGINGATKAN RAKYAT AGAR MENJADIKAN KES ALVIN & VIVIAN SEBAGAI TELADAN! TAPI JANGAN SEKERAT JALAN JER, TETIBE NANTI MONYET DUA EKOR DI BOLEHKAN JAMINAN! BIARLAH DIAORANG "BERHARI RAYA" DALAM PENJARA TU! KEKEKE!!!-

Keputusan mahkamah untuk tidak membenarkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin harus dijadikan pengajaran kepada semua untuk tidak sesekali mempermainkan isu agama.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan Bernama sebagai berkata perkara tersebut seharusnya menjadi pedoman khsususya golongan muda agar tidak sewenang-wenangnya mempersendakan apa jua agama.

"Sebarang bentuk penghinaan walaupun pada mulanya untuk jenaka tapi dalam soal sensitif, termasuk hal agama tidak boleh dijadikan bahan jenaka dan tidak boleh dikompromi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini, Khamis.

Beliau berkata, keharmonian negara seharusnya dipertahankan oleh semua golongan dan usah sesekali cuba menyentuh perkara terkandung dalam Perlembagaan seperti agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka.

Ahmad Zahid juga meminta supaya apa sahaja keputusan mahkamah berhubung kes itu diterima umum kerana isu agama tidak boleh dilanggar atau dipolemikkan sehingga menjurus kepada kontroversi.

Beliau juga menyokong Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

"Dilihat isi kandungan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di Parlimen September ini masih mengekalkan seperti dalam kandungan Akta Hasutan supaya keharmonian negara dapat dipertahankan," katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada sembilan pegawai dan anggota veteran JPAM serta 20 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List