Friday, 19 July 2013

RAFIZI TAKDE TELOR SEBUT NAMA BOS SPR LUAR PARLIMEN!

-DAKWAAN RAFIZI TERHADAP PENGERUSI SPR TAN AZIZ YUSUF YANG KONONNYA AZIZ MENGENALI PEMBEKAL DAKWAT KEKAL PRU-13 SEMASA SESI PARLIMEN BARU-BARU INI HANYA DILIHAT USAHA MENEMBAK DENGAN “PELURU KOSONG” SAHAJA! APAKAH LIDAH RAFIZI BAGAIKAN TERKELU BILA NAK MENYEBUT NAMA AZIZ ID LUAR PARLIMEN?! KEKEKE!!!-

Sesi pertama Dewan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 13 berakhir petang Khamis selepas 16 hari bersidang.

Seperti dijangka isu pembangkang yang geram kalah dan dakwaannya untuk menjejaskan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menguasai ' tembak menembak' dengan Ahli Parlimen BN.

Malah sidang hari akhir diwarnai oleh kehangatan kalangan Ahli Parlimen BN mempertikaikan dakwaan Ahli Parlimen PKR kawasan Pandan Rafizi Ramli yang asalnya mendakwa Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar mempunyai hubungan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal.

Mereka menghentam Pengarah Strategi PKR itu kerana dakwanya tidak berani mengulangi dakwaan di luar sidang Dewan Rakyat dengan secara spesifik menyebut nama orang nombor satu dan dua SPR itu.

Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen Rafizi hanya merujuk mereka sebagai ' pimpinan SPR'.

Menurut mereka tanpa berbuat demikian Rafizi cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan membuat dakwaan tidak berasas.

Bagi mereka kalau Rafizi berani beliau harus ulang secara spesifik nama mereka berdua di luar dewan.

Ahli Parlimen BN Johor Bharu Tan Sri Shahrir Samad yang juga Pengerusi BNBBC Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican dan Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar telah mengadakan sidang akhbar bersama mempertikaikan tindak tanduknya di lobi parlimen sejurus sebelum sidang berakhir.

Kata mereka dimana bukti untuk menyokong dakwaannya Aziz dan Wan Ahmad ada kaitan dengan pemilik syarikat pembekal yang disebut dalam dakwaannya.

Mereka berpendapat isu ini serius kerana ia melibatkan kewibawaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Kontroversi timbul bila dalam perbahasan dalam sidang Ahli Parlimen pembangkang itu Selasa lalu mendakwa Aziz dan Wan Ahmad mempunyai hubungan dengan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin menegur Rafizi menyebut  ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau mengingatkan ia  melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaan tersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Hal ini timbul bila Reezal mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.

Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12).

Sementara itu sidang hari akhir Dewan Rakyat Khamis turut dihangatkan dengan usul pembangkang untuk  merujuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akuan mencecah RM332 juta di luar negara termasuk di Israel, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Bagaimananya usul itu ditolak melalui undian belah bahagian, 107 anggota parlimen tidak menyokong usul itu manakala 60 menyokong.

Kalangan Ahli Parlimen BN yang berbahas menegaskan dalam kenyataanya Liang hanya meminta agar siasatan dibuat keatas dakwaan yang wujud di laman-laman blog dan bukan bersifat satu dakwaan.

Ahli Parlimen pembangkang pula mempertikaikan kenyataan Liang yang berkata dakwaan itu wujud dalam laman Wikileaks sedangkan tidak.

Usul itu dibawa oleh Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) apabila Liang membuat dakwaan tersebut semasa sesi pebahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Liang menegaskan hujahnya itu berkaitan dengan soal keselamatan negara memandangkan adanya petanda kuasa dari luar mahu campur tangan dalam sistem politik Malaysia.

Sementara itu, sebelum menangguhkan mesyuarat pertama penggal pertama parlimen ke-13 pada 4.35 petang ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melahirkan rasa puas hati terhadap penglibatan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang yang menampakkan kebijaksaan dan kematangan ketika membahaskan isu-isu berbangkit.

"Sesungguhnya, mesyuarat penggal ini sedikit sebanyak telah mula menyaksikan bibit-bibit perubahan.

"Semoga transformasi ini akan terus dikekalkan pada sesi mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk sama-sama kita memartabatkan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang dibanggakan," katanya.

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 berlangsung selama 16 hari bermula 25 Jun lepas.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke tarikh yang tidak ditetapkan. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List