Friday 19 July 2013

JENAYAH: BERLAGAK ALIM NAK PECAH TABUNG MASJID!

-MODUS OPERANDI SASPEK ADALAH AKAN BERLAGAK ALIM BERSOLAT BERJEMAAH SEBELAH SIANG SEBELUM MEMECAH TABUNG MASJID TERSEBUT PADA SEBELAH MALAMNYA! SEMUANYA HANYA UNTUK MENCARI MODAL MEMULAKAN PERNIAGAAN AIR SOYA DI BAZAR RAMADHAN! KURANG ASAM BETUL! MACAM MANA SEKOQ IBLIS NI BOLEH TERLEPAS DARI DI RANTAI? KEKEKE!!!-

Seorang penjual air soya disyaki melakukan kegiatan memecahkan tabung beberapa buah masjid untuk mendapatkan wang dan dijadikan modal perniagaannya di sebuah bazar Ramadan di Kangar, Perlis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa yang dilaporkan Bernama sebagai berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan pada 15 Julai lalu dan siasatan awal mendapati dia menggunakan wang itu bagi memulakan perniagaan air soya.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pada Khamis, beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan reman sejak 15 Julai lalu sehingga 21 Julai ini untuk siasatan lanjut.

Ismail berkata berdasarkan maklumat kegiatan pecah tabung masjid yang berlaku di sekitar daerah Kangar, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar melancarkan Ops Masjid sejak 1 Julai dan berjaya mengesan dan menahan suspek di kediamannya di sini kira-kira pukul 3 pagi.

“Hasil tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan enam kes pecah tabung masjid sekitar Kangar yang membabitkan kehilangan wang berjumlah RM1,500,” katanya.

Katanya hasil tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan bagi memecah tabung masjid termasuk sebuah alat pemotong, pisau lipat, spanar, lampu suluh dan pen penguji.

Turut dirampas ialah wang berjumlah RM39, beg duit kulit, beg pinggang dan sehelai baju sejuk yang dipercayai digunakan bagi membalut peralatan yang digunakan bagi kerja mencuri itu.

Siasatan awal mendapati suspek yang berlagak alim akan bersolat secara berjemaah di masjid terutama pada sebelah siang dan menjalankan kegiatan memecah tabung masjid ketika kesemua jemaah sudah pulang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Beliau berkata suspek juga dipercayai melakukan kegiatan yang sama di sekitar daerah Padang Besar dan Arau. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List