Thursday 18 July 2013

MCA JANGAN NAK CARIK PASAL PULAK!

-MACAMANA MELAYU NAK BANTU CINA KALAU CINA SENDIRI YANG TAK NAK BANTU BANGSA MEREKA SENDIRI? JANGAN SALAHKAN MELAYU SEBAGAI PUNCA MCA KALAH TERUK DALAM PRU-13 LALU! YOU TAK PANDAI KIRA-KIRA KAH? KEKEKE-


Aku terus hilang respek kat Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bila membaca dipenghujung kenyataan PRK Kuala Besut yakni (di atas dalam mStar), "Calon MCA yang tewas pada pilihan raya lalu adalah disebabkan kerana tidak mendapat sokongan pengundi Melayu...bukan pengundi Cina." 

Banyak cantik you punya pengiraan, macam maner you kira macam tu Pak Menteri?

Kita ambik satu contoh P122 Seputeh dimana mempunyai 85,976 orang pengundi dengan pecahan kaum; Melayu: 5.62 peratus, Cina 89.69 peratus, India 4.54 peratus dan lain-lain 1.5 peratus.

Dalam PRU13 yang lalu seramai 71,859 orang turun mengundi (83.58  peratus) dengan undi rosak sebanyak 302 undi.

Keputusannya Teresa Kok Suh Sim (DAP/PR) menang dengan dengan majoriti 51,552 undi setelah mendapat 61,500 undi berbanding Nicole Wong Siaw Ting (MCA/BN) yang hanya mendapat 9,948 undi.

Jikapun diberi kebenaran orang Melayu kat kawasan Seputeh mengundi sebanyak TIGA KALI sorang pun MCA tak boleh menang kat di kawasan Parlimen tu.

Hakikatnya memang ada tsunami Cina pada PRU-13 lalu dan sebagai seorang pemimpin kanan yang baik, Tiong Lai seharusnya menerima hakikat ini dan memperbaiki diri dan parti, akui kelemahan sendiri bukannya menyalahkan orang lain sebagai punca kekalahan yang memalukan MCA dalam sejarah politik Malaysia.

Apasal pulak nak salahkan Melayu yang tak sokong MCA, orang Cina sendiri pun tak sokong MCA, jangan nak jadikan Melayu sebagai kambing hitam dan boleh dikatakan hampir semua calon MCA kalah di kawasan Cina!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List