Monday 1 July 2013

SUPP USAH MAIN "TARIK TALI" LAGI!

-DULU PRESIDEN SUPP TAN SRI DATUK SRI PETER CHIN MENYATAKAN SUPP BOLEH BERSATU KEMBALI TAPI HABUK PUN TARAK, SEKARANG NI BEKAS TIMBALAN PRESIDEN SUPP DATO SRI WONG SOON KOH PULA YANG BERKATA PENYATUAN SUPP TAK MUSTAHIL! JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN! JANGAN BUANG MASA MAA KERANA PRN DALAM DUA TAHUN SAJA LAGI! STOP TALKING & START TAKING ACTIONS! KEKEKE!!!-

Usaha untuk memperkasa penyatuan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak mustahil sekiranya semua pihak komited ke arah tersebut.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang dilapor Utusan Borneo sebagai berkata ini bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) mempunyai masa depan yang cerah.

Wong berkata, beliau kini terpaksa menggalas tanggungjawab yang cukup besar ekoran kekalahan dua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Katanya, beliau perlu memastikan Sibu terus berada di bawah payung pemerintahan BN untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

“Saya mengakui tugas yang dipikul kini semakin berat untuk memastikan nasib rakyat Sibu terbela.

“Justeru, saya menyeru ahli-ahli parti serta ketua-ketua masyarakat agar terus menyokong kepimpinan saya,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran MRP kepada tuai-tuai rumah di Kawasan DUN  Bawang Assan di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit yang juga pengerusi Unit Bumiputera SUPP Sibu.

Sejumlah RM350,000 telah diserahkan kepada 96 orang tuai rumah di kawasan DUN berkenaan.

Menurut Wong, pemberian geran MRP yang pertama pada tahun ini dan penyerahan geran MPR untuk penggal kedua dijadualkan sebelum penghujung tahun ini.

Sementara itu, Andrew dalam ucapannya berkata secara keseluruhan jumlah undi yang disumbangkan kaum Bumiputera masih tinggi.

“Pada PRU13 lalu undi kaum Bumiputera menang dengan majoriti kira-kira 1,000 undi.

“Ini terbukti, kita (Iban) terutama di kawasan luar bandar masih setia dengan BN,” katanya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List