Friday 19 July 2013

PRK KUALA BESUT: NIK AZIZ BUANG TABIAT MINTA CALON BN UNDI PAS!

-BIAR BENO NI? TOK GURU NIK AZIZ SERU CALON BN UNDI SUPAYA DAPAT MASUK SYURGA? TIKET SYURGA TOK GURU SENDIRI, HUSAM MUSA & MAT SABU “DAH TEMPAH” KER? ALLAH SAJA YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA TERMASUK SESIAPA YANG AKAN MASUK SYURGA NANTI, BUKANNYA KERANA SESEORANG ITU DARI PAS MAHUPUN UMNO! KEKEKE!!!-

Pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut digesa supaya menolak calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno kerana parti itu didakwa tidak memperjuangkan ajaran Islam.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laporan mStar mendakwa, perjuangan Umno di atas semangat kebangsaan untuk membela bangsa Melayu tidak akan membawa ke syurga.

"Umno tolak Islam...ambil (semangat) kebangsaan. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris...tapi nak bela orang Melayu.

"Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat nanti bila ditanya...kamu bangsa apa? Melayu...haa boleh masuk syurga. Senang la macam tu.

"Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat, sebab itu Nabi Muhammad SAW bukan pembela bangsa Arab tapi pembela Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Beris Pak Abu di sini, Khamis malam.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu juga dilihat mengingkari janji PAS untuk berkempen secara sihat dan berhemah khususnya ketika Ramadan apabila menuduh parti lawan dengan pelbagai dakwaan.

Katanya Umno merosakkan pemikiran rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk masjid hingga menyebabkan umat Islam menjadi kedekut.

"Umno suruh buat masjid, tapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja.

"Kenapa saya kata tidak akan buat masjid? kerana Umno khianat kepada otak orang Kelantan. Mereka buat banyak masjid, surau. Akhirnya orang Kelantan menjadi kedekut.

"Cari duit hanya buat rumah, beli tanah, beli kereta...masjid tak buat. Ini satu kecelakaan yang menimpa," katanya.

Menerusi ceramahnya Nik Aziz turut menggesa pengundi termasuk calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman supaya mengundi PAS.

"Tolonglah...bukan sahaja orang PAS, tapi saya nak minta calon Umno sendiri undi PAS.

"Apa yang tak kena dengan PAS? PAS sebut tentang Islam...yang tolak Islam bukan Cina, tapi Umno yang menolak Islam," katanya.



PS: Kehadiran Tok Guru Nik Aziz di Kuala Besut men"kompom"kan lagi kekalahan PAS dalam PRK Kuala Besut secara rasminya. Selepas "ketelanjuran" Azle, calon "cari make" PAS menyatakan hasratnya akan "mengaji wakil' menjadi wakil rakyat jika beliau menang nanti kerana terlalu "sibuk dengan urusan perniagaan",  ceramah Nik Aziz semalam bagaikan memukul paku terakhir di keranda PAS menutup sebarang peluang untuk mencapai kemenangan. Nik Aziz, yang sudah begitu sinonim mempergunakan umpanan balasan syurga pada siapa yang menyokong PAS serta menggambarkan sebaliknya kepada yang enggan meyokong Pas pula sehinggakan lagak beliau persis bagaikan seorang penjaga pintu syurga yang bertauliah pula! Wallahu'allam.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Pusing macam mana pun kena terima kasih dekat UMNO jugak sebab buat masjid. Itu pun dah satu tanda yang UMNO ni Islam, buat masjid yang digunakan oleh orang PAS untuk solat. UMNO ni bukan KAFIR yang buat tokong yang orang PAS tak boleh menumpang...

    Apa dah jadi dengan dia ni? Macam mana pulak N.Ajis cakap UMNO tolak Islam? Dia sendiri yang tak buat masjid dan surau, so logiknya dialah yang tolak Islam!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List