Thursday 25 July 2013

PENGERUSI DAP SARAWAK GILA KUASA?!

-BUKAN AKU YANG CAKAP INI YA TAPI IANYA DIKATAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI KANDUNGAN SEPUCUK SURAT PERIBADI PEMIMPIN PKR SARAWAK BARU BIAN KEPADA KETUA UMUM ANWAR IBRAHIM (KLIK SINI)! BENARKAH PENGERUSI DAP SARAWAK CHONG CHIENG JEN GILA KUASA? KEKEKE!!!-

Antara isikandungan dalam surat yang dikata daripada Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim menyatakan Pengerusi DAP Sarawak (Chong Chieng Jen) adalah seorang anak muda yang gila kuasa.

Baru Bian, yang telah diwar-warkan akan menjadi Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan menawan negeri ini dalam Pilihanraya Negeri 2011 dahulu juga dikatakan telah melabelkan Chong "tidak mempedulikan perasaan rakan-rakan PR yang lain."

Ini berikutan dengan langkah DAP mewujudkan 21 cawangan baru (bertindih dengan persetujuan politik asal) yang dirangka oleh PR.

Surat tersebut juga menggambarkan kekecewaan Baru Bian semakin berganda dek kecenderungan Anwar Ibrahim yang gemar membawa isu DAP Sarawak di peringkat lebih tinggi tanpa memberi perhatian sama adil dengan PKR Sarawak.

Menurut surat itu lagi, jika DAP Sarawak dibenarkan untuk meneruskan usaha pengukuhan kuasa di Sarawak, PKR akan hilang punca kekuatan.

Haa.. sedar pun Baru Bian ya.

Hakikatnya, Anwar sebenarnya di "kawal" oleh DAP maka apa saja agenda DAP hendaklah didahului tanpa mengambil kira sensitiviti rakan-rakan PR mereka yang lain termasuk PKR Sarawak.

Ini belum lagi berkuasa, DAP dah tunjuk belang, sekurang-kurangnya kerajaan Negeri Barisan Nasional, tanah-tranah adat Bumiputera masih dilindungi namun jika keadaan sebaliknya, tuhan saja yang tahu bagaimana tanah-tanah itu diekploitasikan!

Apakah PKR Sarawak ingat DAP akan memberi sebarang peluang kepada PKR Sarawak? Tak mungkin beb! Puak ni takkan berpuashati sehingga mereka berjaya memijak semua kepala orang lain termasuk rakan PR mereka sendiri.

Pendekata, Bumiputera dan Melayu, baik dalam PKR, PAS dan DAP Sarawak semuanya akan "makan kerak nasi" sahaja di bumi sendiri seandainya DAP berkuasa!

Anehnya, sekiranya YB Baru Bian tahu DAP gila kuasa, mengapa masih mahu bersekongkol dengannya? Adakah Baru Bian ingat beliau dapat "mengawal" DAP Sarawak sedangkan "boss"nya si Anwar pula dikawal oleh DAP pusat! Kelakarkan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List