Thursday 25 July 2013

ISU MAKAN DALAM "TANDAS SEKOLAH", GURU BESAR DI UGUT BUNUH!

-SELAIN DARI MAKI HAMUN & KATA-KATA KESAT, PEMANGGIL TALIPON JUGA MENGELUARKAN PERKATAAN, "JIKA SAYA JUMPA KAMU, SAYA AKAN BUNUH AWAK!". DAH SAMPAI TAHAP MELIBATKAN POLIS, BAIK POLIS SIASAT SIAPA YANG MENYEBAR "FITNAH" NI DULU!-

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, yang dilaporkan Bernama sebagai berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.

“Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan ‘If I meet you, I will kill you’ (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak),” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

“Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar,” katanya.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Kasihan Guru Besar mulia ini. Tkpe Allah SWT ada wahai Cikgu. Saya tumpang simpati dan sokong tindakan Cikgu. Jangan takut dgn UGUTAN kafir dan musuh2 ini,Allah SWT Maha Pelindung.

    Kafir tkkn puas hati selagi kita tk dipijak dan dihina.

    Puas hati PAS..

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List