Tuesday, 25 June 2013

ANWAR AKAN ENGKAR AKAN TITAH YDP AGONG?

-PELAKON TERKEMUKA NO 1 MALAYSIA, NUAR BRAHIM (SETELAH LAKONAN SENSASINYA SEMALAM) MENYIFATKAN TITAH YDP AGONG BUKANNYA ARAHAN SEBALIKNYA IANYA HANYALAH ANDANGAN BAGINDA YANG DIUSULKAN, MAKA IANYA BOLEHLAH DIDEBAT!-

Pakatan Rakyat akan terus mengusulkan bantahan terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu yang dianggap tidak telus dan berlaku penipuan meskipun Yang di-Pertuan Agong hari ini bertitah mahukan semua pihak menerima dan menghormati keputusan pilihan raya 5 Mei itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan AP sebagai berkata sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, titah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat dan ia bukannya satu arahan.

Justeru kata Anwar, pembangkang akan menggunakan pentas pembukaan sesi Parlimen kali ini bagi membahaskan segala usul yang berkaitrapat dengan penipuan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

"Agong bercakap berdasarkan usul yang dibawa oleh Perdana Menteri untuk pertimbangan parlimen dan kemudian kita menimbangkan dan membahaskan supaya Agong juga mendapat maklumat tentang penipuan besar kecurangan pilihan raya.

"Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke 13 di sini, hari ini.

Diminta mengulas lanjut titah Seri Paduka yang menasihatkan semua pihak agar  menghormati keputusan pilihan raya umum lalu, Anwar berkata titah tersebut tidak sedikit pun akan membuatkan pembangkang mahu terus berdiam diri daripada membantah.

"Dalam semua konvensyen demokrasi, ucapan yang dicadangkan oleh PM adalah untuk berdebat di Dewan Rakyat. Ia adalah amalan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen," katanya.

Beliau sebaliknya berkata, hanya media pro-Umno sahaja yang jahil tentang konvensyen demokrasi berparlimen.

"Dalam ucapannya, hanya TV3 dan (media) pro-Umno sahaja yang tidak faham tentang konvensyen demokrasi berparlimen.

"Dia menganggap ini sebagai arahan, saya difahamkan ucapan Tuanku Agong itu untuk dibahaskan, kalau tidak dibahaskan jadi buat apa? Saya setuju...setuju...setuju... buat apa? Itu Umno!" katanya.

Menurut Anwar, titah Agong pagi tadi dibuat oleh kerajaan dan ia boleh dibahaskan.

"Seperti saya sebut bahawa ucapan titah Tuanku adalah titah diraja atas usul Perdana Menteri bagi pihak kerajaan dan itu membolehkan untuk diperbahaskan secara terbuka.

"Makna kalau tidak patuh titah Tuanku sebagai arahan saja, kita ada perbahasan.

"Prinsip konvensyen dalam negara demokrasi ini ialah asas itu untuk pertimbangan dibahaskan bukan arahan, kalau keamanan, jangan langgar undang-undang, itu satu prinsip 

"Tetapi yang lain itu ialah dasar-dasar yang boleh diperbahaskan dan dipertikaikan dan dibantah dari segi hujah yang dikemukakan kerana itu semua fakta yang dikemukakan oleh kerajaan," katanya.

Terdahulu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU13 yang lalu yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.

Sambil memuji usaha SPR dalam melaksanakan tugas dengan baik, Seri Paduka menggesa semua ahli politik supaya memberikan tumpuan penuh untuk memajukan negara.

"Beta menyeru semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.

"Dan seterusnya bekerjasama serta bergandingan bahu bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke 13 di sini, pagi tadi. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List