Tuesday 25 June 2013

TAN SRI KHALID MENGIGAU LAGI!

-MB SELANGOR TELAH MENCADANGKAN PELADANG-PELADANG DI INDONESIA AGAR MELAKUKAN PEMBAKARAN DI LADANG MEREKA SEMASA MUSIM HUJAN UNTUK MENGELAKKAN JEREBU! BIAQ BETUL NI? kEKEKE!!!-

Tido pun sodap ni ..
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mencadangkan kepada peladang warga Indonesia supaya melakukan pembakaran pada musim hujan.

Menyifatkannya sebagai suatu kompromi jangka pendek, Khalid yang dilaporkan mStar sebagai berkata, ia dapat menghindarkan daripada udara dicemari secara berlebihan.

“Sudah tentu ia akan menjadi ideal jika pembakaran sifar. Tetapi peladang yang kurang berkemampuan terpaksa melakukan ini (pembakaran) untuk menyuburkan tanah.

“Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli baja, melainkan kita mahu memberikan kepada mereka,” katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Golf Jemputan Selangor pada Selasa.

Khalid berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk menghentikan budaya sesuatu masyarakat bagi suatu jangka pendek.

"Hari ini, kita tidak boleh beritahu mereka untuk hentikan pembakaran, tetapi kita boleh beritahu mereka untuk membakar hanya pada tempoh tertentu.

“Seterusnya, mungkin kita boleh teruskan untuk hentikan pembakaran secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, pembakaran tidak boleh dilakukan pada musim kering antara Jun dan September.

Beliau menambah, kompromi itu merupakan pilihan yang lebih baik, berbanding daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia menunding jari antara satu sama lain tetapi tidak mencari penyelesaian.

Berhubung perkara berkaitan, Khalid menasihatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

“Saya telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah untuk memantau jerebu. Bagi penutupan sekolah-sekolah, ia dibawah kendalian Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya terdapat awan yang mencukupi, mereka turut mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List