Sunday, 30 June 2013

KARPAL HARUS BERTAUBAT!

-GESAANNYA AGAR JUSUF KALLA MEMOHON MAAF DARI ANWAR TAK MASUK AKAL & SEPATUTNYA BELIAU MENASIHAT ANWAR AGAR MINTA MAAF DARI PM NAJIB & RAKYAT MALAYSIA KERANA MELANGGARI PEJANJIAN YANG TELAH DIUSUL ANWAR SENDIRI! TONGKANG KARAM "HOT-WHEELS" NI BOLEH TAHAN GAK SPIN NYER YER? KEKEKE!!!-

Gesaan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh agar bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla harus meminta maaf secara terbuka daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya boleh menjejaskan pakatan pembangkang sungguh tidak masuk akal sama sekali.

Karpal, yang ditemui pemberita dalam satu sidnag media di Pulau Pinang semalam berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum kenyataan yang dikeluarkan Jusuf juga boleh menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

Sebelum ini, Jusuf juga mendakwa Anwar telah mengingkari perjanjian (usulan Anwar sendiri) dengan Najib sesiapa yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)lalu harus menerima kekalahan dengan terbuka.

Jusuf juga mendedahkan pihak pembangkang menerusi Anwar telah mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan PRU-13.

Pada pandangan Jusuf, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.

"Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan kerana jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," kata Karpal lagi.

Bagaikan tak sedarkan diri atau buat-buat tidak tahu, Karpal dengan nada yang sinis menggesa agar Jusuf supaya, "menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu".

Amboi-amboi-amboi, banyak cantek si wheely ni, dalam perkara ini naper "salah" Jusuf je dier nampak tapi kesalahan Nuar dia "tutup mata". 

Sepatutnya Karpal menasihati Anwar agar mohon maaf dari Najib serta rakyat Malaysia kerana kegagalannya mematuhi "Perjanjian Gelap"nya dengan Najib seperti yang didakwa Jusuf.

Karpal sepatutnya menghalang Anwar daripada meneruskan "Perhimpunan Black505"nya dan menggesa Anwar mematuhi perjanjian tersebut.

Seperti biase, modas operandi pembangkang adalah menutup sesuatu isu yang boleh memberi kesan kepada mereka akan cuba "dikabur" dengan menimbulkan isu-isu uang kadangkalanya tak masuk akal langsung.

Dalam hal ini, bukan saja Karpal namun dengan Anwar sekali yang patut bertaubat! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

GAMBAR: GADIS SEPARUH BOGEL HINA ISLAM!

-BETINA LAKNAT NI MEMANG SENGAJA NAK MENCARI NAHAS KERANA BERPOSING SEPARUH BOGEL SAMBIL MENGELAP CIPAPNYA DENGAN CEBISAN-CEBISAN SURAH AL-QURAN! PROVOKE MENGGUNAKAN AGAMA SEBEGINI MEMANGLAH AMAT KETERLALUAN SEKALI!-

Terlebih dulu aku ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yang mungkin tersinggung disebabkan tersiarnya gambar ini.

Gambar ini telah di "bluetooth"kan kepadaku oleh seorang rakan lamaku ketika kami bertemu di satu majlis makan malam yang dihadiri oleh salah seorang ADUN Sarawak di sebuah hotel di Bandaraya Kuching di sini baru sebentar tadi.

Menurut kawan aku lagi, gambar tersebut telah diperolehinya dari seorang sahabatnya beberapa hari yang lepas dan meminta agar aku menyebarkan menerusi blog aku agar semua umat Islam, khususnya di Malaysia supaya mengambil ikhtibar serta menyedari yang Agama Islam sudah tidak dihormati lagi malah diperhinakan ke tahap sedemikian rupa.

"Salah satu daripada sebab utama mengapa Agama Islam semakin mula diperlekehkan oleh penganut-penganut agama lain disebabkan oleh orang Islam sendiri yang berpecah belah hanya kerana politik dan kuasa."

"Sehinggakan ada diantara mereka yang beragama Islam sendiri, dengan secara sengaja/sedar ataupun secara tidak langsung turut menghina Islam apabila memberi sokongan terhadap propaganda-propaganda yang bertentangan dengan Islam hanya untuk kepentingan politik dan kuasa mereka."

"Sepatutnya, apa saja yang melibatkan Islam haruslah dipertahankan bersama biarpun dari fahaman politik yang berbeza-beza," kata sambil menambah, hanya ada satu cara saja yang bisa memperkasakan kembali Islam di Malaysia iaitu semua pihak (Islam) yang bertelagah nekad bersatu mengenepikan perbezaan mereka serta meletakkan politik sebagai perkara nombor dua dan mempertahankan Islam sebagai agenda utama mereka.

Walaupun rakan aku bukan seorang ulama, aku terlopong mendengar bicaranya kerana apa yang beliau katakan itu memang terdapat banyak kebenaran dan nasnya.

Hakikatnya, sedar atau tidak, Islam di Malaysia semakin mula dipelekehkan sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

Tidak beberapa lama dulu, terdapat satu insiden yang dilaporkan diidalam akhbar dimana satu kepala khinzir dicampak ke perkarangan sebuah surau atau masjid dan kemudiannya, disusuli dengan arahan agar azan (Subuh) dilakukan tanpa menggunakan pembesar suara dengan alasan ianya mengganggu orang lain yang sedang tidor. WTF!

Berbalik kepada gambar di atas, ianya telah di edit (terutamanya dibahagian-bahagian yang menampakkan ayat-ayat suci Al-Quran). 

Rakan aku juga menyatakan yang beliau telah dimaklumkan kawannya (dari Semenanjung) bahawa wanita bangsat dalam gambar tersebut adalah wanita tempatan. Wallahua'llam.

-UnReportedNews™®

Saturday, 29 June 2013

BLACKOUT276 SARAWAK: TIADA PAMPASAN AKAN DIBERI!

-LOR! APASAL PULAK SEB TERUS BUAT KEPUTUSAN ENGGAN MEMBAYAR GANTIRUGI PADA MEREKA YANG TERJEJAS AKIBAT BLACKOUT DI HAMPIR SELURUH NEGERI INI KHAMIS LEPAS? SEKURANG-KURANGNYA, KAJILAH SITUASI SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT! JIKA ENGGAN MEMBERI PAMPASAN, PALING-PALING TIDAK PUN, BAGILAH SEDIKIT DISKAUN ATAU REBATE BIL ELEKTRIK MEREKA! MENTANG-MENTANGLAH LU SORANG SAJA YANG DALAM INDUSTRI NI! BERPERIKEMANUSIAAN LE SIKIT!-

Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak bercadang memberikan pampasan kepada pengguna, terutama premis perniagaan yang mengalami kerugian akibat gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar negeri ini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Torstein Dale Sjotveit (gambar) yang dilapor dalam Utusan Malaysia sebagai berkata, pihaknya tidak mengamalkan pemberian ganti rugi kepada mana-mana pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.

"Tiada pampasan untuk pengguna kecuali kami telah melanggar amalan pengoperasian normal yang serius. Setakat ini, saya tidak melihat perkara ini sebagai pilihan.

"Kes ini sedang dikendalikan secara berperingkat dan selepas itu baru kita putuskan sama ada situasi semalam dikendalikan dengan cara bersesuaian," katanya dalam sidang akhbar mengenai kejadian tersebut, di sini hari ini.

Semalam, hampir sejuta penduduk di kawasan barat negeri ini terutama di Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri terjejas selepas bekalan elektrik terputus selama beberapa jam bermula pukul 5.36 petang.

Kejadian tersebut menyebabkan jalan-jalan utama sesak teruk akibat lampu isyarat tidak berfungsi manakala kebanyakan premis perniagaan termasuk restoran serta pusat beli-belah terpaksa ditutup sehingga bekalan dipulihkan secara berperingkat menjelang awal pagi.

Torstein dalam pada itu memberitahu, Sarawak Energy Berhad (SEB) akan menubuhkan pasukan penyiasat khas bagi mengenal pasti punca sebelum mengambil tindakan penambahbaikan bagi mengelak gangguan bekalan elektrik berulang di negeri ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan penurunan frekuensi pada sistem tenaga di loji hidroelektrik Bakun adalah punca kepada gangguan bekalan elektrik.

"Sistem yang terpelantik itu kemudiannya mengakibatkan kegagalan terhadap keseluruhan operasi SEB di stesen janakuasa Sejingkat, Batang Ai, Mukah, Bintulu dan Miri," katanya.

Beliau yang kesal dengan kejadian tersebut turut memohon maaf kepada semua pengguna yang berdepan kesulitan.

PS: Setakat sorry atau maaf saja tak memadai la SEB ..hisssh 

-UnReportedNews™®

PERBUALAN SASPEK YANG DISYAKI ADA HUBUNGAN DENGAN PENGGANAS LAHAD DATU DIPINTAS!

-PINTASAN KOMUNIKASI KE ATAS NO TALIPON MILIK ANAK SASPEK; SEORANG ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KORPERAL DISYAKI MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT MENGENAI AKTIVITI KEGANASAN TELAH DILAKUKAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT & MEMASTIKAN TERDAPAT HUBUNGAN DIANTARA TERTUDUH DENGAN PENGGANAS SULU YANG MENCEROBOH KAMPUNG TANDUO, LAHAD DATU AWAL TAHUN INI-

Satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, seSabah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, yang dilaporkan Bernama sebagai berkata nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.

“Berdasarkan siasatan saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh,” katanya.

Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.

Beliau berkata, pintasan komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.

Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi.

Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. 


-UnReportedNews™®

ADA RAHSIA BESAR PADA MAJLIS ANGKAT SUMPAH ADUN PULAU PINANG?!

-TINDAKAN DAP P. PINANG HALANG WARTAWAN UM MENJALANKAN TUGAS SEOLAH ADA SESUATU YANG HENDAK DIRAHSIAKAN SEWAKTU BERLANGSUNGNYA MAJLIS ANGKAT SUMPAH ADUN NEGERI ITU. APA YANG NAK DIRAHSIAKAN SANGAT TU YE? APAKAH BENDALAH YANG NAK DISEMBUNYIKAN DARI WARTAWAN TU? DEPA DAP SEMUA NAK BER"GANGNAM STYLE" KE SELEPAS ANGKAT SUMPAH? HAKIKATNYA,  CEKAP, AKUANTIBILITI, TELUS (CAT) AH GUAN MEMANG LANSUNG TAK BOLEH DIPAKAI! KEKEKE!!!-

CAYALAH FIRDAUS .. Protes secara solo dengan kad bertulis "Ketelusan telah mati
di sini" di hadapan DUN Pulau Pinang di George Town dihalang embuat liputan
 berita majlis angkat sumpah ADUN negeri itu siang  tadi dek "arahan atasan"!
Berbuih-buih mulut pemimpin DAP, khususnya Ketua Rejim DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT), mendabik dada mereka yang paling telus, jujur, amanah namun bermacam tindakan mereka menidakkan dakwaan mereka.

CAT sebenarnya dicipta hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan kerajaan negeri itu.

Dalam insiden terbaru siang tadi, seorang wartawan Utusan Malaysia (UM) telah dihalang memasuki DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan sesi akan Majlis Angkat Sumpah ADUN di George Town, negeri tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 9.30 pagi apabila wartawan UM Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memaklum kepada beliau bahawa larangan tersebut adalah "atas arahan pihak atasan", dakwanya lagi dan merasa tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan beliau kemudiannya membuat protes secara berseorangan.

Biarpun keseorangan, Firdaus tabah berdiri dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN berkenaan sambil memegang kad bertulis, "Ketelusan telah mati di sini".

Beliau menerangkan kepada rakan media yang dia berbuat demikian adalah sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Bukan itu saja, sebelum ini wartawan-wartawan UM juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui, tambahnya lagi.

Firdaus menambah, "Kini telah masuk penggal baru untuk persidangan DUN, kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya membentangkan usul baru kerana usul yang lama telah tamat tempohnya.

Speaker DUN Pulau Pinang yang baru Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

Choo menegaskan kejadian tersebut berlaku di atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan beliau berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

"Saya akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan," ujarnya lag.

PS: Setiap sesi DUN Sarawak, semua rakan-rakan wartawanku, baik dari media elektronik, media cetak & sebagainya akan dibenarkan masuk membuat liputan  harian disepanjang sesi DUN berkenaan dengan hanya syarat minima, berpakaiana kemas & yang penting, mesti memiliki kad media waimapun terdapat beberapa  individu-individu yang telah dikenalpasti mahupun dengan secara terbuka lebih cenderung serta memihak kepada pihak pembangkang. 

Tindakan kerajaan DAP P. Pinang yang menghalang kebebasan & hak Firdaus, seorang pemberita yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia dan  juga mewakili salah sebuah  suratkhabar Nasional membuat liputan berita semalam sememangnya agak begitu keterlaluan, bertentangan dengan amalan demokrasi negara serta tiada langsung menunjukkan ketelusan kerajaan DAP P. Pinag.

Dalam perkara ini, apa yang ko takut sangat dengan wartawan Utusan tu Ah Guan? Ko saja nak susahkan dier ker? Mana ketelusan lu? Ataupun lu orang sebenarnya hanya mahu orang lain lebih telus tapi lu orang sendiri tidak mempraktikkan apa yang lu orang lalakkan! Seperti contoh mudah, tahap ketelusan dalam pemilihan CEC DAP baru -baru ini? Lidah lu orang semua memang bercabanglah! Hipokrit!

-UnReportedNews™®

Friday, 28 June 2013

BEKALAN ELEKTRIK DI SARAWAK KEMBALI PULIH

-BIARPUN SECARA UMUMNYA, INSIDEN BLACKOUT MEMBABITKAN HAMPIR SELURUH KAWASAN NEGERI INI DISEBABKAN OLEH KEGAGALAN TEKNIKAL SISTEM SARAWAK ENERGY (SE) YANG TAK DAPAT DIELAKKAN, CEO-NYA SJOTVIET MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT SARAWAK! "YOU REALLY GOT BALLS SIR! FOR THAT, I SALUTE YOU! BUT ONE THING I HAVE TO ASK, HOW OR WILL SE AT LEAST COMPENSATE THE RAKYAT AFFECTED BY THE BLACKOUT TO SHOW IT'S SINCERITY? MAYBE, SOME SORT OF SMALL REBATE OR DISCOUNT ON THEIR ELECTRIC BILLS PERHAPS?" KEKEKE!!!-

Bekalan kuasa di Sarawak kini dipulihkan dan stabil sepenuhnya selepas insiden bekalan elektrik terputus yang berlaku pada petang Khamis, menurut Sarawak Energy Bhd (SEB).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Torstein Dale Sjotveit pada Jumaat yang dilaporkan mStar sebagai berkata, gangguan itu berlaku pada pukul 5.36 petang, akibat dari loji hidroelektrik Bakun, yang membawa kepada penutupan semua stesen kuasa di Sejingkat, Batang Ai, Mukah, Bintulu dan Miri.

"Sebelum kejadian ini, sistem itu mempunyai permintaan beban jumlah dan bekalan 1,555 MW. Bakun, yang pada masa itu mempunyai beban 884 MW, menurun bekalan beban sebanyak 456 MW dalam 10 saat, menyebabkan penurunan kekerapan serius untuk bawah 47.5hz dalam sistem. Kekerapan operasi biasa di Sarawak ialah pada 50Hz.

"Untuk melindungi integriti semua penjana lain dalam sistem, keselamatan tersandung telah diaktifkan secara automatik, menyebabkan penutupan semua stesen kuasa dalam unit. Ini dipanggil sebagai 'tiada keadaan pemulihan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Sjotveit berkata, SEB memulakan pelan pemulihan gelap dalam tempoh 10 minit gangguan untuk memulakan loji penjananya.

Beliau berkata, loji hidroelektrik Batang Ai telah dimulakan semula pada pukul 5:53 petang, stesen kuasa Tun Abdul Rahman pada 5.56 petang, stesen kuasa Bintulu pada 6.21 petang dan Miri pada 7.45 petang.

"Bakun hanya mampu hendak diselaraskan kepada unit selepas 10 malam. Dua pusat kuasa diwujudkan di utara dan selatan Sarawak manakala Bakun ditangguhkan, yang membawa kepada kelewatan serius dalam memulihkan bekalan kuasa kepada Sibu.

"Unit negeri ditubuhkan semula pada pukul 11.30 malam dan kuasa telah dipulihkan sepenuhnya pada pukul 2.07 pagi Jumaat," katanya.

Sjotveit sekali lagi secara peribadi memohon maaf kepada masyarakat tempatan dan perniagaan di Sarawak di atas kesulitan dan ketidakselesaan yang mereka hadapi semasa bekalan elektrik terputus.

"Saya memberi jaminan kepada anda bahawa sistem itu sekarang adalah stabil dan kami akan mengambil semua langkah yang sebaik mungkin untuk memastikan bahawa kejadian seperti itu tidak berulang," katanya.

Beliau menambah, SEB akan menjalankan siasatan dalaman dan akan mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga, termasuk pengendali Sarawak Hidro Sdn Bhd, bagi memahami punca insiden itu dan mempelajarinya.

“Kami kini mempunyai satu pasukan di lokasi di Bakun untuk mendapatkan data dan maklumat berhubung kes,” katanya.

-UnReportedNews™®

SASPEK PENGGANAS LAHAD DATU SUDAH DIBAWA KE MUKA PENGADILAN, DALANGNYA BILA LAGI?

-SERAMAI 22 PENGGANAS LAHAD DATU YANG DITANGKAP SEWAKTU "OPS DAULAT" DI SABAH TIDAK LAMA DULU BERHADAPAN HUKUMAN MATI JIKA SABIT KESALAHAN. RAKYAT MALAYSIA MASIH TERNANTI-NANTI SIAPAKAH DALANG SEBENAR INSIDEN TERSEBUT? MUNGKINKAH ... KEKEKE!!!-

Seramai 22 orang termasuk komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat ‘Jeneral’, Datu Amirbahar Hushin Kiram berhadapan hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan semasa prosiding sebutan semula bagi merekodkan pengakuan mereka di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Sebelum ini, mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan Tawau serta Mahkamah Tinggi Tawau tetapi tanpa merekodkan pengakuan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 Februari dan 19 April lalu di Kampung Tanduo, Ladang Atlas 2, Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; Kampung Muanad Beluran; Kampung Perigi, Simunul, Bakau, Jalan Lihak-Lihak, Semporna dan Kampung Madai, Kunak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup dan denda.

Tertuduh-tertuduh itu ialah Datu Amirbahar, Basad H. Manuel, Salib Akhmad Emali, Mohamad Ali Ahmad, Pabblo Alie, Abd. Hadi Mawan, Atik Hussin Abu Bakar, Dani Ismail, Saidili Jaharul, Totoh Hismullah, Basil Samiul, Rizman Gulan, Abdul Majil Jubin, Rijmal Salleh, Julham Rashid, Tani Lahad Dahi, Al Wazir Osman@Abdul, Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, Masir Aidin, Anwar Salib Akhmad, Ismail Yasin dan Binhar Salib Akhmad.

Kesemua mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan antara tarikh dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan seumur hidup dan denda.

Salib Akhmad turut menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas baharu dan melindungi kumpulan pengganas yang didakwa dilakukan antara 9 Februari dan 25 Februari lalu di Ladang Atlas 2, Jalan Ulu Tungku, Lahad Datu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa mengikut Seksyen 130E dan Seksyen 130K kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda serta penjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda bagi kesalahan keempat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan di hadapan Hakim, P. Ravinthran.

Jumlah kesemua tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah hari ini ialah 29 orang termasuk seorang wanita dan seorang lelaki yang berkerusi roda, manakala seorang lagi tertuduh, Habil Suhaili tidak hadir ke mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.

Mereka dibawa ke mahkamah dengan tiga buah trak dengan kawalan ketat pihak polis, iaitu setiap seorang daripada mereka diiringi anggota Unit Tindakan Khas lengkap bersenjata.

Daripada 29 tertuduh itu, 12 daripadanya dipakaikan jaket strip sebagai langkah keselamatan, malah terdapat juga sebahagian daripada mereka dipakaikan penutup kepala semasa dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Tertuduh wanita, Norhaida Ibnahi dituduh melindungi kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukannya antara 9 Februari dan 22 Mac lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Sementara Kadir Uyung dan Lating Tiong dikatakan turut melakukan kesalahan sama pada 4 Mac lalu, pukul 4.30 petang di hadapan Pos Pasukan Gerakan Am Tanjung Labian.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130K kanun sama, tetapi bagi dua lelaki itu hukumannya dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan Norhaida boleh dipenjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sementara Kadir dan Lating jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan denda.

Bagi tiga lagi tertuduh, Timhar Hadir, Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh, mereka dituduh menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan mereka antara 9 Februari dan 4 Mac lalu di Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 12 Julai ini di Mahkamah Tinggi Tawau untuk merekodkan pengakuan tertuduh yang tidak hadir hari ini, Habil dan 15 Julai ini untuk pengurusan kes bagi menentukan lokasi dan tarikh bersesuaian untuk perbicaraan kesemua tertuduh yang akan dijalankan secara bersama.

Dalam perkara yang berkaitan, Bernama melaporkan beberapa wakil kerajaan dan pakatan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mendedahkan dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu. 

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata, walaupun yakin dengan kepimpinan kerajaan dan kehebatan pasukan keselamatan dalam menangani isu itu, pendedahan dan pendakwaan segera ke atas dalang terbabit tetap ditunggu.

"Walau ada pihak yang berkata kerajaan lambat mendedahkan dalang terbabit tetapi saya yakin kerajaan pada masa kini sedang melakukan siasatan yang begitu rapi bagi memastikan mereka yang terbabit dapat diadili," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini. 

Menjawab isu penggunaan perkhidmatan AirAsia untuk mengangkut anggota tentera ke Lahad Datu yang dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad berkata ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan. 

"Pada saya, penggunaan perkhidmatan AirAsia tidak menjadi masalah tapi soalnya dalang atau tali barut yang berada dalam negara, itu lagi bahaya," katanya. 


Berkongsi pandangan sama, Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Ahmad, ketika mengakhiri perbahasannya, menarik perhatian semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada insiden berdarah itu dan mengenang jasa anggota keselamatan yang sanggup berkorban demi mempertahan kedaulatan negara.

"Apapun yang disebutkan di sini, kita menghala kepada satu tujuan sama iaitu mengutuk perbuatan dalang di sebalik pencerobohan berkenaan," katanya.

-UnReportedNews™®

PENJELASAN SARAWAK ENERGY MENGENAI BLACKOUT SEMALAM

-BEBERAPA SYSTEM MENGELAMI KEJADIAN "TRIP" YANG DIPERCAYAI TELAH DIKESAN BEMULA DARI PELAN JANAKUASA HYDROELEKTRIK BAKUN YANG KEMUDIANNYA MELUMPUHKAN SELURUH SYSTEM SARAWAK ENERGY-

Di bawah ini adalah surat berkaitan (dalam Bahasa Inggeris) dengan kejadian blackout di hampir seluruh kawasan negeri sarawak semalam daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd (SEB) Torstein Dale Sjotveit:

Dear Sarawak Energy Customers throughout the State of Sarawak,
we are still having our full team working on recovery throughout the State, but have experienced some unexpected problems to recover the Sate Power System.

Firstly; the incident started around 17.36 this late afternoon with a very serious frequency drop in our system that led to a total system collapse. The reasons are still not fully known, but with the facts retrievable as of now it looks like the frequency drop may have originated from the Bakun Hydroelectric plant. 

The system tripping lead to a total collapse of our system and all our power stations went down; Sijingkat in Kuching, Batang Ai, Mukah Coal plant, as well as Bintulu and Miri Gas plants. 

We have on our side over the first couple of hours after the tripping restored all SEB transmission systems, and are in the process of restoring all the power plants, but unfortunately we where only able to get power from 2 of the 4 Bakun units at around 22.45.

The system is still very unstable due to the huge impact such an incident have, but I have at present a strong team here at Menara SEB of 30 over of our best people to oversee and restore the system step by step, and we have mobilized hundreds of staff around Sarawak on power stations and substations to support and monitor the recovery of our system.

Torstein Dale Sjotveit

I personally want to send a strong message on behalf of Sarawak Energy that we are truly sorry for all the inconvenience and losses this incident have created and I can assure you we will not rest until we have good control on the system. We will also ensure a proper investigation is done with third party input to maximize the learning SEB can get from this very serious incident.

I have been following the situation closely for the last many hours, and this message is written with all the knowledge we have at present. Tomorrow by 10am we invite the press to a briefing and will hopefully have an even clearer understanding of the situation by then.

In closing I sincerely apologize for those who have suffered from the black out and for all of you throughout Sarawak that will have to sleep without a proper electricity supply to your house, I can assure you we will do our best to normalize the situation my tomorrow morning.

Best regards


-UnReportedNews™®

SUKA ATI KERAJAAN NEGERI MELAKA LE NAK TUTUP ATAU BUKAK JONKER WALK!

-SUSAH BETUL KE NAK PAHAM! APASAL BANGSAT SANGAT? SEMUANYA NAK AMBIK MUDAH JE KE? SEMUANYA NAK MENGECAP DUIT JE! AIYA .. INGAT ORANG LAIN SIKIT APEK, INI DUNIA BUKAN LU SORANG YANG PUNYA, LU MAMPUS PUN DUNIA INI MASIH AKAN PUSING MAA! KEKEKE!!!-

Benteng Satok, Kuching .. Tinggal kenangan
Aku sebenarnya malas nak menulis tentang Jonker Walk (Melaka) ni tapi aku paksa jugak sebab aku heran dimana pulak hak-hak mereka-mereka yang membantah tu sebab kalau tak silap aku, Jonker Walk tu asalnya sebatang jalanraya untk kenderaan sebelum digunakan  menjadi tempat berniaga.

Pembaca-pembaca dan rakan-rakan sekalian dari Semenanjung biase tak dengar "Benteng Satok" (Kuching, Sarawak)? Isshh, kalo dah sampai kat Sarawak, kire tak sah jika tak pekena "Mi Kolok Sarawak" kat sana.

Tempatnya terbuka (open air) dan peniaganya (kalo tak silap kiraan aku) semuanya orang-orang Melayu tapi sayangnya, tidak berapa lama dulu, tempat yang menjual pelbagai juadah dan makanan telah dipindahkan ke Medan Satok, kira-kira dua kilometer dari tempat asal.

Alasannya adalah sama, untuk menggelakkan kesesakkan jalanraya dan sungguh membanggakan, semua peniaga-peniaga akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan .

Point yang aku nak sampaikan disini, peniaga-peniaga Satok sedar mereka "menumpang" (dengan tiada niat untuk menghina) mencari makan di Satok apasal lu orang bagaikan tidak sedar diri MENUMPANG mencari makan di sana?

Korang dengarlah penjelasan Kerajaan Melaka ni-Kerajaan negeri Melaka akan tetap membuka laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini bermula Jumaat.

Anggota Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Ismail Othman yang dilaporkan Bernama sebagai berkata langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan negeri pada Rabu dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas berdasarkan rungutan pelbagai pihak termasuk pelancong dan rakyat tempatan terutama di kawasan bandar pada hujung minggu.

Beliau berkata pembukaan laluan di sekitar Jonker Walk itu bagaimanapun tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu yang bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.

"Perkara ini telah disalahertikan. Menutup dengan memberi laluan pada kenderaan adalah dua perkara berbeza. Bagi situasi ini kita masih benarkan mereka berniaga namun pada masa sama kita membuka laluan kepada kenderaan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Jonker Walk, Melaka
Beliau berkata usaha itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di kawasan bandar kerana penutupan laluan kenderaan di Jonker Walk sebelum ini menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan seperti Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Hulu sehingga ke Banda Hilir.

Mengulas lanjut, beliau menafikan pembukaan laluan bagi kenderaan itu bertujuan menganggu kira-kira 300 peniaga Cina yang telah berniaga selama 13 tahun di kawasan berkenaan.

Sebaliknya, Ismail berkata peniaga terbabit masih dibenarkan berniaga di pasar malam itu seperti biasa di bahu jalan atau kaki lima kedai mengikut ruang yang ada.

Beliau berkata anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, polis dan Rela akan ditempatkan di sepanjang laluan bagi membantu melancarkan perjalanan lalu-lintas.

Sebuah akhbar bahasa Cina pada Isnin memetik Idris sebagai berkata mesyuarat Exco pada 12 Jun lepas, memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.


-UnReportedNews™®

TERKINI: BLACKOUT276 SARAWAK MEMBABITKAN DUA JUTA PENDUDUK!!!

-BUAT BANDARAYA KUCHING/PADUNGAN, PENDUDUK TERPAKSA BERGELAP TANPA ELEKTRIK SELAMA ENAM JAM SEBELUM BEKALAN DIPULIHKAN KEMBALI PADA JAM 11:55 MALAM! IANYA BOLEH DIKATAKAN BLACKOUT YANG TERBESAR & TERLAMA DI SARAWAK SEPANJANG PENGETAHUAN AKU! SENYUM ENGKO BILA BACA TAJUK NI NUAR YE? KEKEKE!!!-

Jalan raya di beberapa bandar besar sesak apabila seluruh bahagian di
Sarawak mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 5.30 petang
sehingga pukul 8 malam Khamis
Lebih dua juta penduduk di Sarawak terjejas apabila seluruh bahagian di negeri itu mengalami gangguan bekalan elektrik berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

Namun, pengendali empangan hidro terbesar - Empangan Bakun berkata, gangguan bekalan elektrik bukan berpunca daripada empangan tersebut.

Ketua Jurutera Empangan Bakun yang dilaporkan mStar sebagai berkata, Zulkifle Osman ketika dihubungi The Star berkata, tiada sebarang kerosakan serius pada mesin empangan tersebut.

"Setiap mesin berfungsi dengan baik pada Khamis. Kami tidak berdepan sebagai kerosakan teknikal sebelum bekalan elektrik terputus.

"Tapak empangan Bakun tidak mengalami sebarang masalah teknikal serius sehingga menyebabkan seluruh negeri bergelap. Bakun bukan punca masalah itu.

Ketua Penerangan dan Publisiti SUPP, Datuk Sebastian Ting berkata, beliau telah menghubungi Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

"Gangguan elektrik itu berlaku secara tiba-tiba. Sehingga pukul 6.30 petang, orang ramai masih cuba mencari punca masalah itu.

"Maskot Blackout?"-Sekadar gambar hiasan. Kekeke!!!
"Lokasi sebenar yang menyebabkan gangguan itu masih dikenal pasti. Apa yang menyebabkan ia berlaku turut disiasat," katanya.

Sementerara itu, bekalan elektrik di hampir seluruh kawasan bandaraya Kuching telah dipulihkan sepenuhnya setakat 10.45 malam Khamis manakala beberapa kawasan kediaman di bandaraya Miri dan Bintulu dipulihkan secara berperingkat.

Bekalan elektrik di seluruh negeri itu terputus akibat litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang Khamis.

Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy berhad (SEB) Ahadiah Zamhari memberitahu Bernama bahawa jurutera dan juruteknik SEB masih sedang berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan lain di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya bekalan elektrik di Sibu masih belum dipulihkan manakala Lawas tidak mengalami gangguan kerana bekalan elekrik ke bandar itu tidak disambung kepada grid utama.

Bekalan elektrik yang dipulihkan secara berperingkat di kawasan Kuching melibatkan Poh Kwong Park, Stampin, Matang Jaya, Desa Wira di Jalan Batu Kawa dan kawasan komersil Satok serta kawasan-kawasan kediaman di Miri.

Gangguan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer di jejambat Jalan Satok dan persimpangan Jalan Tun Abang Openg dan juga laluan lain kerana lampu isyarat jalan tidak berfungsi.

Sementara itu, seorang sumber memberitahu Kompleks Petronas Gas Asli Cecair (LNG) Bintulu besar kemungkinan tidak terjejas akibat gangguan bekalan elektrik kerana kompleks itu dirancang untuk menjana bekalan kuasa dalaman melalui turbin stim dengan kapasiti 1,200 Megawatt.

Beliau berkata gangguan bekalan elektrik itu tidak menjejaskan kompleks tersebut kerana ia tidak bergantung kepada sumber kuasa dari luar termasuk yang dibekalkan oleh SEB melalui grid utama.

Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bahawa bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.30 malam.

Di Miri, penduduk masih bergelap setakat 8.30 malam manakala di Limbang gangguan berlaku minimal sekitar pukul 6 petang tetapi kembali normal selepas itu.

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku kira-kira 5.50 petang di seluruh Sarawak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan aktiviti perniagaan tergendala.

Difahamkan, sumber rangkaian kuasa grid di Stesen Janakuasa Kemena Tolak-Bintulu terputus.

Kawasan Padungan
Pada pukul 7 malam, bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan kembali pulih tetapi gangguan elektrik di kebanyakan kawasan masih belum dapat diselesaikan.

Sarawak Energy Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kesal dengan kesulitan yang dihadapi para pelanggan akibat gangguan bekalan elektrik yang berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

"Jurutera dan juruteknik kami sedang berusaha untuk memulihkan gangguan tersebut secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

-UnReportedNews™®

"BLACKOUT276" DI SARAWAK!

-PUNCA HAMPIR SELURUH SARAWAK "BLACKOUT" HARI INI BUKANNYA APA CUMA NAK BAGI PELUANG KEPADA PEMBANGKANG DARI NEGERI NI YANG TAK IKUT BERDEMO DI HIMPUNAN BLACKOUT505 ANJURAN PEMBANGKANG YANG DIADAKAN DI SERATA SEMENANJUNG MALAYSIA SEJAK 5 MEI LEPAS UNTUK MERASAI APAKAH ITU "BLACKOUT" YANG SEBENARNYA! KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!-

"Maskot Blackout"? (Sekadar hiasan saja)
Difahamkan hampir semua kawasan di negeri Sarawak mengalami blackout bermula dari jam 5 petang tadi.

Menurut sumber dari Sarawak Energy, kejadian berpunca dari satu "major trip" dari station di Bintulu yang membekalkan tenaga elektrik ke bandar-bandar utama termasuk Bandaraya Kuching.

Tanpa menyatakan nama-nama kawasan dengan secara terperinci, sumber tersebut juga menyatakan (pada tepat jam 8:48pm) sebanyak 15 peratus dari kawasan yang terjejas telah dapat dipulih.

"Sehingga kini, kakitangan kami (Sarawak Energy)sedang bertungkus lumus dalam usaha memulihkan bekalan eletrik dan berharap semua penduduk yang terjejas agar bersabar dan bertenang," katanya sumber itu lagi.

Tepat jam 11:55 malam tadi, bekalan elektrik telah di pulihkan (di kawasan Padungan/Kuching-tempat aku diamlah!).

Mungkin ada yang merungut, komplen, mengkritik atau memberi pandangan buruk kepada Sarawak Energy ni tapi fikir-fikirlah dulu sebab bukan mereka sengaja nak buat begitu.

Apa-apapun syabas kepada keefisyenan dan respon Sarawak Energy mengendalikan tugas mereka dan kalau bolehlah, sediakan masterplan yang lebih rapi seperti backup station untuk menyokong station di Bintulu agar perkara begini tak berulang lagi.

Ye ler, aku cakap memang senang tapi itu pandangan aku dan juga mungkin pandangan-pandangan ramai penduduk di Sarawak kan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Wednesday, 26 June 2013

NOTIS: BLOG INI AKAN "BEREHAT" SEMENTARA

Assallammullaikum buat pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Disebabkan oleh "permasalahan teknikal" yang tidak dapat dielakkan, blog ini terpaksa "direhatkan" buat sementara waktu. Sokongan anda semua selama ini kepada blog ini amatlah dihargai. Perjuangan tetap akan di teruskan. Semoga kita dapat bersua lagi di lain lembaran. InsyaAllah. Salam Perjuangan buat semua. Wassallam. -Salfian Nawawi

-UnReportedNews™®

VIDEO: KELENTONG ANWAR DI PADANG MERBOK!

-BERAPI-API "KHUTBAH" NUAR BRAHIM KAT PADANG MERBOK SAMPAI BELIAU MENGELUARKAN KATA-KATA "PARLIMEN HOTAK ENGKAU" TAPI BILA DAH MASUK PARLIMEN SEBIJIK MACAM KAMBING NAK KENA SEMBELIH! KEKEKE!!!-

Nuar Brahim bagi tau kat peserta-peserta Himpunan Black505 di Padang Merbok ari tu, beliau pergi ke Indonesia baru-baru ni atas "jemputan" Presiden Indonesia untuk "bertemu" dengannya, "berbincang" mengenai "mengapa ada bantahan di Malaysia".

"Hampir satu setengah jam, saya 'terpaksa' menerang (mengelentong) kepada Presiden Indonesia keadaan sebenar di Malaysia di mana terdapatnya penipuan dalam PRU-13 yang lepas," kata Nuar cuba meyakinkan hadirin. 

Ye ke ni Nuar? Apapun ianya sama seperti situasi yang ko gambarkan kepada umum mengenai Jusuf Kalla yang kononnya beria-ia sangat nak menjadi orang tengah membuat "perjanjian" dengan Najib ari tu. 

Nasib baik ada penjelasan dari Jusuf Kalla megenai perkara ini (klik sini) kalau tidak, semakin ramailah yang menjadi mangsa kelentong engko.

Nuar, dalam ucapannya cuba mengingatkan UMNO jangan nak "menipu rakyat" walhal, peringatan tersebut patut "di gunapakai" nya sendiri (Sendiri mau ingat!)


Siapa yang sebenarnya menipu rakyat? Nuar patut ingat "kelentong terkini" nya iaitu mahu memboikot sesi angkat sumpah parlimen tapi sebaliknya, dia "bermesra-mesra dengan Najib" di Parlimen, yang kurangnya "comolot" je tak der! 

Beberapa blogger pembangkang pun berpandangan begitu.

(Klik sini)

(Klik sini)

Aku ciplak kata-kata blogger pembangkang- Cenangau, "Kalau tengok ke ucapan Anwar Ibrahim macam kat bawah ni, bunyi semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam kena belasah kut."



-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List