Friday 28 June 2013

TERKINI: BLACKOUT276 SARAWAK MEMBABITKAN DUA JUTA PENDUDUK!!!

-BUAT BANDARAYA KUCHING/PADUNGAN, PENDUDUK TERPAKSA BERGELAP TANPA ELEKTRIK SELAMA ENAM JAM SEBELUM BEKALAN DIPULIHKAN KEMBALI PADA JAM 11:55 MALAM! IANYA BOLEH DIKATAKAN BLACKOUT YANG TERBESAR & TERLAMA DI SARAWAK SEPANJANG PENGETAHUAN AKU! SENYUM ENGKO BILA BACA TAJUK NI NUAR YE? KEKEKE!!!-

Jalan raya di beberapa bandar besar sesak apabila seluruh bahagian di
Sarawak mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 5.30 petang
sehingga pukul 8 malam Khamis
Lebih dua juta penduduk di Sarawak terjejas apabila seluruh bahagian di negeri itu mengalami gangguan bekalan elektrik berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

Namun, pengendali empangan hidro terbesar - Empangan Bakun berkata, gangguan bekalan elektrik bukan berpunca daripada empangan tersebut.

Ketua Jurutera Empangan Bakun yang dilaporkan mStar sebagai berkata, Zulkifle Osman ketika dihubungi The Star berkata, tiada sebarang kerosakan serius pada mesin empangan tersebut.

"Setiap mesin berfungsi dengan baik pada Khamis. Kami tidak berdepan sebagai kerosakan teknikal sebelum bekalan elektrik terputus.

"Tapak empangan Bakun tidak mengalami sebarang masalah teknikal serius sehingga menyebabkan seluruh negeri bergelap. Bakun bukan punca masalah itu.

Ketua Penerangan dan Publisiti SUPP, Datuk Sebastian Ting berkata, beliau telah menghubungi Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

"Gangguan elektrik itu berlaku secara tiba-tiba. Sehingga pukul 6.30 petang, orang ramai masih cuba mencari punca masalah itu.

"Maskot Blackout?"-Sekadar gambar hiasan. Kekeke!!!
"Lokasi sebenar yang menyebabkan gangguan itu masih dikenal pasti. Apa yang menyebabkan ia berlaku turut disiasat," katanya.

Sementerara itu, bekalan elektrik di hampir seluruh kawasan bandaraya Kuching telah dipulihkan sepenuhnya setakat 10.45 malam Khamis manakala beberapa kawasan kediaman di bandaraya Miri dan Bintulu dipulihkan secara berperingkat.

Bekalan elektrik di seluruh negeri itu terputus akibat litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang Khamis.

Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy berhad (SEB) Ahadiah Zamhari memberitahu Bernama bahawa jurutera dan juruteknik SEB masih sedang berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan-kawasan lain di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya bekalan elektrik di Sibu masih belum dipulihkan manakala Lawas tidak mengalami gangguan kerana bekalan elekrik ke bandar itu tidak disambung kepada grid utama.

Bekalan elektrik yang dipulihkan secara berperingkat di kawasan Kuching melibatkan Poh Kwong Park, Stampin, Matang Jaya, Desa Wira di Jalan Batu Kawa dan kawasan komersil Satok serta kawasan-kawasan kediaman di Miri.

Gangguan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer di jejambat Jalan Satok dan persimpangan Jalan Tun Abang Openg dan juga laluan lain kerana lampu isyarat jalan tidak berfungsi.

Sementara itu, seorang sumber memberitahu Kompleks Petronas Gas Asli Cecair (LNG) Bintulu besar kemungkinan tidak terjejas akibat gangguan bekalan elektrik kerana kompleks itu dirancang untuk menjana bekalan kuasa dalaman melalui turbin stim dengan kapasiti 1,200 Megawatt.

Beliau berkata gangguan bekalan elektrik itu tidak menjejaskan kompleks tersebut kerana ia tidak bergantung kepada sumber kuasa dari luar termasuk yang dibekalkan oleh SEB melalui grid utama.

Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bahawa bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.30 malam.

Di Miri, penduduk masih bergelap setakat 8.30 malam manakala di Limbang gangguan berlaku minimal sekitar pukul 6 petang tetapi kembali normal selepas itu.

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku kira-kira 5.50 petang di seluruh Sarawak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan aktiviti perniagaan tergendala.

Difahamkan, sumber rangkaian kuasa grid di Stesen Janakuasa Kemena Tolak-Bintulu terputus.

Kawasan Padungan
Pada pukul 7 malam, bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan kembali pulih tetapi gangguan elektrik di kebanyakan kawasan masih belum dapat diselesaikan.

Sarawak Energy Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kesal dengan kesulitan yang dihadapi para pelanggan akibat gangguan bekalan elektrik yang berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

"Jurutera dan juruteknik kami sedang berusaha untuk memulihkan gangguan tersebut secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List