-SUSAH BETUL KE NAK PAHAM! APASAL BANGSAT SANGAT? SEMUANYA NAK AMBIK MUDAH JE KE? SEMUANYA NAK MENGECAP DUIT JE! AIYA .. INGAT ORANG LAIN SIKIT APEK, INI DUNIA BUKAN LU SORANG YANG PUNYA, LU MAMPUS PUN DUNIA INI MASIH AKAN PUSING MAA! KEKEKE!!!-
Benteng Satok, Kuching .. Tinggal kenangan |
Aku sebenarnya malas nak menulis tentang Jonker Walk (Melaka) ni tapi aku paksa jugak sebab aku heran dimana pulak hak-hak mereka-mereka yang membantah tu sebab kalau tak silap aku, Jonker Walk tu asalnya sebatang jalanraya untk kenderaan sebelum digunakan menjadi tempat berniaga.
Pembaca-pembaca dan rakan-rakan sekalian dari Semenanjung biase tak dengar "Benteng Satok" (Kuching, Sarawak)? Isshh, kalo dah sampai kat Sarawak, kire tak sah jika tak pekena "Mi Kolok Sarawak" kat sana.
Tempatnya terbuka (open air) dan peniaganya (kalo tak silap kiraan aku) semuanya orang-orang Melayu tapi sayangnya, tidak berapa lama dulu, tempat yang menjual pelbagai juadah dan makanan telah dipindahkan ke Medan Satok, kira-kira dua kilometer dari tempat asal.
Alasannya adalah sama, untuk menggelakkan kesesakkan jalanraya dan sungguh membanggakan, semua peniaga-peniaga akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan .
Point yang aku nak sampaikan disini, peniaga-peniaga Satok sedar mereka "menumpang" (dengan tiada niat untuk menghina) mencari makan di Satok apasal lu orang bagaikan tidak sedar diri MENUMPANG mencari makan di sana?
Korang dengarlah penjelasan Kerajaan Melaka ni-Kerajaan negeri Melaka akan tetap membuka laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini bermula Jumaat.
Anggota Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Ismail Othman yang dilaporkan Bernama sebagai berkata langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan negeri pada Rabu dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas berdasarkan rungutan pelbagai pihak termasuk pelancong dan rakyat tempatan terutama di kawasan bandar pada hujung minggu.
Beliau berkata pembukaan laluan di sekitar Jonker Walk itu bagaimanapun tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu yang bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.
"Perkara ini telah disalahertikan. Menutup dengan memberi laluan pada kenderaan adalah dua perkara berbeza. Bagi situasi ini kita masih benarkan mereka berniaga namun pada masa sama kita membuka laluan kepada kenderaan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Jonker Walk, Melaka |
Beliau berkata usaha itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di kawasan bandar kerana penutupan laluan kenderaan di Jonker Walk sebelum ini menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan seperti Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Hulu sehingga ke Banda Hilir.
Mengulas lanjut, beliau menafikan pembukaan laluan bagi kenderaan itu bertujuan menganggu kira-kira 300 peniaga Cina yang telah berniaga selama 13 tahun di kawasan berkenaan.
Sebaliknya, Ismail berkata peniaga terbabit masih dibenarkan berniaga di pasar malam itu seperti biasa di bahu jalan atau kaki lima kedai mengikut ruang yang ada.
Beliau berkata anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, polis dan Rela akan ditempatkan di sepanjang laluan bagi membantu melancarkan perjalanan lalu-lintas.
Sebuah akhbar bahasa Cina pada Isnin memetik Idris sebagai berkata mesyuarat Exco pada 12 Jun lepas, memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®