Sunday 26 May 2013

"GABUNGAN PARTI KOMPONEN BN" MENJADI "1PARTI TUNGGAL BERBILANG KAUM" TIDAK RELEVAN?

-MAAF, AKU BUKAN RASIS CUMA AKU SAYANGKAN BANGSA AKU, AKU ADA RAMAI KAWAN-KAWAN BANGSA LAIN TERUTAMANYA MEREKA YANG BERBANGSA CINA TAPI PERSOALANNYA, JIKA KAUM CINA YANG TELAH DIBERI PELUANG BERDIRI DIATAS PLATFOM SENDIRI (MCA & SUPP) NAMUN GAGAL DITERIMA OLEH KAUM CINA SENDIRI MENGAPA NAK "JEOPERDISE"KAN PARTI-PARTI YANG SUDAH SEKIAN TERBUKTI KUKUH PERPADUANNYA? KEKEKE!!!-

Walaupun ramai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan idea penggabungan semua parti komponen menjadi sebuah parti tunggal berbilang kaum, pada pandangan aku yang tak seberapa ini, ianya tidak begitu relavan buat masa ini.

Konsep BN yang ada kini tidak merugikan pelbagai kaum, terutamannya pelbagai peribumi di Sarawak, jadi apa masalahnya?

Kita akui MCA dan SUPP ternyata gagal dalam PRU-13 untuk menarikkan hati pengundi-pengundi kaum Cina tapi wajarkah kita "memperjudikan" nasib parti-parti komponen yang berpaksikan sesebuah kaum yang selama ini terbukti berjaya demi untuk rakan-rakan kita yang telah terkecundang bekenaan?

Secara ikhlas, aku rasa memadailah kita "membantu" MCA dan SUPP untuk "bangkit semula" tapi janganlah kita cuba membuat sesuatu "eksperimen" ke atas sesuatu yang nyata sudah baik yang keputusannya belum pasti berkesudahan dengan sesuatu yang "lebih baik" tapi berkemungkinan "sesuatu yang lebih buruk"!

Sepatutnya sekarang, orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia lebih bersatupadu, merapatkan barisan mempertahankan hak keistimewaan kita yang termaktub dalam perlembagaan negara dan pastikan melukut-melukut ditepi gantang yang menumpang makan dinegara ini, tidak bisa menggangu-gugatkan perpaduan kita yang sedia ada!

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Buat apa gabung-gabung. kalau ikut analisa orang melayu kembali menyokong umno. daripada jumlah pengundi melayu yang keluar mengundi 5 mei hari itu berjumlah 5,462,750 orang hanya 12.45% shj sokong PR. silap gabung terlingkup baru tahu..ni idea bukan untuk kebaikan tapi menjahanam. ada nak hati nak gabung jadi satu parti. belum nak beri idea nak gabung tu pastikanlah dulu sekolah jadi satu aliran dulu...baru betul. pastu baru boleh bincang nak gabung atau tidak.apa-apa pun ABC...boikot jangan tak boikot. salam

    ReplyDelete
  2. Umno dah menang besar, mca dan gerakan kalah teruk. Takkan umno begitu bodoh tak reti baca ni.

    Klau pemimpin umno tolol sangat nak ikut rentak cina2 ni aku cadang mereka keluar dari umno. Melayu angkat mrk ke tampuk kuasa adalah kerana faktor umno.

    Jangan jadi bodoh kalau ingat melayu lebih ramai dalam bn maka presidennya mesti melayu.

    Tengok aje melayu macam azmin dan anwar ibrahim yg kena beli.

    Tak payah buang masa kaji benda yg tak relevan. Najib patut kaji macamana nak lawan balik fitnah pakatan pembangkang. Dan yg penting macamana nak bantu melayu yg telah menaikkan dia sebagai pm.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List