Tuesday, 26 March 2013

PENGGANAS SULU GUNA TAKTIK KOTOR BUNUH POLIS!

-BERSEMBUNYI DI BAWAH LALUAN KAYU MACAM PENAKUT SEBELUM MENEMBAK MUSUH DARI BAWAH ATAU BELAKANG ADALAH TAKTIK KEGEMARAN LANUN-LANUN SULU KETIKA BERPERANG! WIRA-WIRA NEGARA TELAH GUGUR DENGAN BERMARUAH DALAM MENPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DARI ANCAMAN MUSUH!-

UMIE Amira Umairah Salam, setahun, iaitu anak wira negara yang terkorban di Lahad Datu, Allahyarham Kpl S Salam Togiran, mengesat mengesat air mata kakaknya, Umie Alia Aulia Salam, 11, (kiri) sambil dipeluk ibunya Marlinah Utan, 38, ketika mendengar sajak yang dideklamasikan khas bertajuk `ayahku seorang pejuang' di Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu Kepada Lapan Balu Anggota Polis, di Putrajaya-MyMetro
Marlina Utan, 38, balu kepada Allahyarham Koperal Salam Togiran salah seorang dari enam wira negara yang terkorban dalam satu serang hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna menahan sebak ketika ditemubual pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu di Putrajaya sempena Hari Polis ke 206 semalam.

Dengan tabah, ibu kepada dua orang puteri Umie Amira Umairah Salam, setahun dan Umie Alia Aulia Salam, 11, menyatakan dengan pemberita beliau bangga dengan pengorbanan Allahyarham suaminya dan nekad akan membesarkan kedua anaknya dengan sebaik-baiknya.

"Saya reda (akan pemergian suami saya) dan saya akan cekal membesarkan kedua anak saya dengan sebaiknya kerana sememangnya itu kemahuannya (Allahyarham Korperal salam)," tambahnya menahan airmatanya.

Pesanan penulis kepada balu Allahyarham Korperal Salam; Marlina dan anak-anaknya, tabahkan hati dan bertawakal kerana semua adalah kehendak Illahi. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu anda sekeluarga yang memikulnya.

Ingin penulis nyatakan, suami Marlina, Allahyarham Korperal Salam telah gugur dengan secara bermaruah yang juga dikategorikan sebagai mati syahid kerana beliau mempertahankan apa yang beliau yakini dan percaya, iaitu kedaulatan dan maruah negara kita.

Mohon maaf sekiranya ada terdapat apa-apa kesilapan dalam penulisan penulis mengenai butir-butir kejadian serang hendap kumpulan pengganas Sulu ke atas pasukan Allahyarham dan rakan-rakannya yang saya perolehi dari sumber penulis yang berada di Lahad Datu semenjak insiden pencerobohan pengganas berkenaan bermula.

Difahamkan, dalam kejadian serang hendap pengganas Sulu pada lebih kurang jam 7 malam @ 2hb Mac 2013 di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna ke atas pasukan Allahyarham Korperal Salam yang telah pergi untuk meninjau keadaan kampung tersebut setelah menerima maklumat terdapat kehadiran sekumpulan beberapa orang yang mencurigakan di sana.

Sumber penulis juga menyatakan, Allahyarham Salam yang bertugas di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, adalah diantara anggota-anggota polis dalam pasukannya yang telah bertindak membalas tembakan dan nekad mara ke hadapan menjejaki penganas-penganas Sulu yang melakukan serangan tersebut.

Sumber juga mendedahkan, keberanian Allahyarham Korperal Salam yang bertindak serta merta mara dan melepaskan tembakan telah berjaya membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dari kumpulan pengganas yang menyerang mereka namun dalam usaha Allahyarham  untuk menjejaki musuh-musuh yang lain, beliau telah ditembak curi dari jarak dekat oleh salah seorang pengganas yang menyorok di bawah laluan titian kayu yang menghubungi rumah -rumah di kawasan berkenaan.

Penganas yang menggunakan taktik kotor dan penakut menyorok diri sebelum melepaskan tembakan ke arah Allahyarham Korperal Salam ketika beliau mendekati lokasi tersebut dan difahamkan juga, tembakan Allahyarham Korperal Salam telah mengenai dagu Allahyarham.

Sumber juga, menyatakan ada saksi yang melihat walaupun sudah terkena tembakan (pertama), Allahyarham Korperal Salam masih bertenaga dan sempat melepaskan tembakan ke arah musuh sebelum beliau rebah apabila beberapa tembakan musuh mengenainya lagi.

Begitu kental dan jitunya semangat melawan Allahyarham Korperal Salam yang pantang mengalah dan berjuangan berhabis-habisan sehingga ke akhir hayatnya.

Buat adik Umie Amira Umairah dan Umie Alia Aulia, Allahyarham ayah adik-adik adalah perwira negara yang sebenarnya kerana nyawanya sendiri telah dipertaruhkan dalam membela kedaulatan negara dari musuh dan anasir durjana. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Koperal Salam Tongiran, Allahyarham Pegawai cawangan khas Bukit Aman Superitendan Ibrahim Lebar, AllahyarhamPegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Sarjan Baharin Hamit,  Allahyarham Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau Sarjan Aziz Sarikun dan AllahyarhamAnggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran serta sekalung ucapan takziah buat keluarga Mendiang Ketua cawangan khas Semporna Asisten Superitendan Michael Padel.

Ralat: Terdahulu penulis menulis menyatakan Allahyarham Korperal Salam ditembak oleh salah seorang daripada pengganas Sulu yang bersembunyi dan menunggu di dalam denak/parit namun ianya sebenarnya adalah laluan titian kayu yang menghubungi rumah-rumah di kampung berkenaan. Harap maaf. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List