Sunday, 10 March 2013

ANAK PEREMPUAN KIRAM III PATUT CERMIN DULU BAPANYA SENDIRI

-BAPA DIA , SI KIRAM III ATAU SULTAN WANNABE YANG DULU HANTAR ORANG BERSENJATA MENCEROBOH MALAYSIA TAPI MEREKA BILA KALAH TERUK DI "BAHAM" ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA, NAJIB PULA DILABELNYA SEBAGAI "PENGGANAS"! ORANG MACAM NI ADA PERNAH SEKOLAH KE TAK? BETUL KER KEPALA TU? KEKEKE!!!- 

Wanita yang mendakwa dirinya seorang "Puteri" kerabat Kesultanan Sulu, Jacel Kiram, yang juga anak kepada Jamulul Kiram III, dalang insiden pencerobohan Sabah patut mencerminkan dulu dirinya sendiri dan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang suruhan ayah sebelum melabelkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengganas.

Mungkin kerana "kurang pendidikan" ataupun sengaja "kurang ajar", Jacel, bagaikan tak sayang mulutnya menuduh Najib sebagai pengganas kerana telah mengarahkan serangan udara dan darat terhadap kumpulan pengganas bersenjata yang telah diarah bapanya menceroboh Sabah.

Alasannya, iaitu kumpulan tersebut yang telah terang-terang menceroboh Sabah, salah satu dari negeri dalam Malaysia, sebuah negara yang berdaulat, siap dengan kelengkapan senjata sebenarnya bukanlah kumpulan pengganas tapi sebaliknya, berniat "hanya untuk tinggal di tanah mereka" langsung tidak relevant dan masuk akal sekali, bagaikan alasan budak-budak yang baru nak tumbuh gigi.

Mungkin dari tempat Jacel Kiram di besarkan, dia atau bapanya iaitu Kiram III yang juga dikenali sebagai Sultan Wannabe, boleh menerjah masuk dan mencacak bendera ke atas tanah milik orang lain dengan alasan "hanya untuk tinggal di tanah mereka" boleh digunapakai tapi tidak untuk Malaysia yang mengamalkan sistem perlembagaan, perundangan dan peraturan yang di iktiraf oleh seluruh dunia.

Jacel sepatutnya bertanyakan kepada bapanya, Sultan Wannabe Kiram III mengapa dia tidak mengarah kumpulan pengganas itu untuk menerima tawaran awal Kerajaan Malaysia agar  meninggalkan negara itu tanpa di apa-apakan tapi sebaliknya, mengarah mereka untuk terus berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu walaupun dia mengetahui, mereka memang tiada peluang langsung untuk bertahan apatah lagi menentang pihak keselamatan Malaysia.

Darah setiap dari ahli kumpulan pengganas tersebut sebenarnya sudah bergelumangan di tangan bapa Jacel sendiri, Kiram III pada saat dia mengarahkan pencerobohan tersebut dimana ianya seakan sengaja menghantar mereka untuk menemui ajal walaupun sedar peluang mereka untuk balik dengan selamat adalah tipis.

Seorang yang seusia dan berpengalaman seperti Kiram III sememang mengetahui pencerobohan ke atas Sabah adalah satu kesalahan yang pasti akan mendapat tentangan dari Kerajaan Malaysia. Ya, bapa Jacel Kiram III yang sebenarnya dengan secara tidak langsung telah membunuh orang-orang sendiri bukan Najib, bukan Malaysia mahupun orang lain.

Alasan Sabah adalah tanah milik keturunan keluarga Kiram III langsung tidak relevan dan diterima biarpun secara logik mahupun dari sudut sejarah apatah lagi dari segi undang-undang kerana secara umumya Sabah secara sah telah menyertai Melaya dan Sarawak untuk membentuk Malaysia dalam tahun 1963.

Katalah dakwaan Sabah adalah milik Kesultanan Sulu adalah betul, Sultan Sulu sebenar iaitu Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II yang diangkat secara sah oleh masyarakat telahpun mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Jesteru itu, memanglah tanggungjawab Najib sebagai pemimpin sebuah negara melindungi kepentingan dan keselamatan rakyat serta maruah kedaulatan Malaysia menangani pencerobohan tersebut dan kami rakyat Malaysia bangga kerana pendekatan beliau mengendali krisis ini dengan cara yang terbaik iaitu berhati-hati, bertimbang-rasa, toleransi, kompromi dan perikemanusiaan.

Tapi sayang sekali, bapa Jacel, Kiram III yang tiada langsung mengenangkan nasib dan keselamatan kumpulan pengganas yang dihantarnya untuk mencerobohi Sabah walaupun Kerajaan Malaysia memberi masa selama TIGA MINGGU untuk berundur tapi sebaliknya, dia benar-benar berkeras mahu mereka "mati" di Sabah dengan mengarah mereka menyerang dan membunuh anggota keselamatan Malaysia.

Mungkin di tempat asal Jacel Kiram, apabila orang asing yang tak diundang membunuh anggota-anggota keselamatan yang bertugas mengawal keselamatan, amalan atau respon Jacel, terutama bapanya Kiram III akan hanya "bertepuk tangan tanda suka" macam beruk kena belacan tapi tidak sesekali di Malaysia.

Sesiapa yang melanggar peraturan di Malaysia, lagi-lagi jenayah berat seperti membunuh, mengganas, mengakibatkan suasana ketakutan serta mengancam keselamatan negara pasti juga akan di hukum, termasuk bapa Jacel, Kiram III.

Ini termasuk jenayah kejam di luar batasan kemanusian yang dilakukan oleh kumpulan pengganas Kiram III iaitu memenggal kepala anggota-anggota keselamatan Malaysia yang mereka telah tawan malah, seorang daripada mereka dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Kekejaman yang dilakukan kumpulan pengganas Kiram III tidak berhenti setakat itu, malah mereka menetak badan-badan mangsa sehingga ke beberapa bahagian sebelum mencampaknya ke laut manakala ada diantara mangsa maut, dipercayai kerana dek kesakitan apabila kedua biji mata mereka dicungkil hidup-hidup dengan menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Mungkin di tempat asal Jacel Kiram, wanita yang menuduh Najib sebagai pengganas, tindakan sadis yang langsung tak bertamadun itu bagaikan amalan lanun-lanun menyiksa tawanan mereka adalah perkara biasa bagi dirinya dan keluarganya, tapi kami di Malaysia, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain tidak mempraktik amalan yang tiada peri-kemanusiaan sebegitu.

Jadi janganlah anda bagaikan terlupa segala kekejaman yang telah dilakukan oleh kumpulan pengganas bapa anda dengan tanpa segan dan malu-malu menuduh Perdana Menteri kami sebagai pengganas sedang beliau telah sedaya upaya berusaha menyelesaikannya dengan cara yang paling toleran.

Jangan cuba mempersoalkan mengapa Malaysia harus memburu serpihan saki kumpulan pengganas bapa anda Kiram III, mengapa Malaysia mempertahankan kedaulatannya sedangkan pencerobohan yang mereka yang terdahulu yang mula mencabar Malaysia dengan membawa senjata masuk ke negara membuat tuntutan yang bukan-bukan malah menolak tawaran agar mengundurkan diri.

Yang terpenting sekali jangan sesekali anda memperingatkan kami akan ajaran Islam, agar tidak menyakiti, sentiasa menghormati dan saling menyayangi sesama saudara seIslam kerana sesungguhnya, kumpulan pengganas bapa anda Kiram III sedikit pun tidak menunjukkan ajaran nilai-nilai sebenar dengan menceroboh hak negara kami, yang majoritinya beragama Islam dan membunuh rakyat Malaysia.

Rumusan secara ringkas, walaupun kumpulan pengganas Kiram III bertindak menceroboh Sabah setelah dipengaruhi dengan pelbagai janji-janji dari sesorang yang dipercayai mempunyai berkepentingan politik di Malaysia yang juga ada kaitan dalam penyediaan dana yang besar untuk membiayai kumpulan tersebut, terdapat satu lagi sebab tambahan yang begitu logik mengapa Kiram III bersetuju melancarkan "Opersi Maut" berkenaan iaitu agar PBB masuk campur dan secara langsung Kesultanan Sulu (Kiram III) akan di iktiraf dunia. Jenayah tetap jenayah, dan sebagai seorang yang beragam Islam, wajib bagi Jacel menegur baanya Kiram III untuk bertaubat!

Jadi, sebelum mengeluarkan kata-kata nista menuduh orang lain sedangkan anda sendiri adalah umpama gedung segala kejahatan yang telah anda telah pertuduhkan, tolong cermin-cerminkan diri anda sendiri dulu. 

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List