Friday, 18 January 2013

PENGAKUAN TUN M MEMBERI KERAKYATAN PENDATANG FILIPINA

-SI ASSMIN SEDAP JE MELABELNYA SEBAGAI "PENGKHIANAT NEGARA" .. SEDANGKAN BOSS PUJAANNYA ITU YANG SEBENARNYA ADALAH "SI KITOL MODEN"! KEKEKE!!!-
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui memberi kerakyatan kepada pendatang Filipina di Sabah ketika memegang tampuk pemerintahan negara kerana mereka memenuhi syarat ditetapkan undang-undang.

Beliau berkata, masalah timbul apabila ada orang tidak senang apabila ada orang mendapat kerakyatan Malaysia.

"Ramai (pendatang Filipina) di Sabah, berada di sana bukan satu dua hari tapi sudah 20 tahun 30 tahun, mereka cakap bahasa Melayu dan berhak jadi rakyat Malaysia.

"Mereka yang berhak jadi rakyat dan penuhi syarat, kita bagi. Saya akui saya bagi, di zaman saya, saya bagi. Orang ini sebelum kita merdeka mereka ulang alik dari selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan digaris penjajah.

"Begitu juga dengan mereka yang datang menyeberang lautan dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia.

"Kita memang terima sesiapa yang berada di sini adalah rakyat di sini, kenapa nak tolak mereka? Mereka bekerja, kalau buat jenayah, undang-undang pun akan dikenakan juga kepada mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Program Bicara Minda Tun Dr Mahahir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13 di sini semalam.

Mengenai dakwaan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mengarahkan pengeluaran resit kad pengenalan sementara semata-mata untuk tujuan pilihan raya, beliau dengan nada sinis menjelaskan ianya 'secara kebetulan'.

"Sama ada secara kebetulan atau sengaja saya tidak tahu", ujarnya.

Tambahnya, menjadi hak kepada pendatang Filipina itu untuk mengundi sesiapa sahaja apabila mereka mendapat kerakyatan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita memetik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali yang mendakwa perkembangan terbaharu siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dalam isu pendatang asing di Sabah mendapati Dr Mahathir seorang pengkhianat negara.
Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List