-PEGUAM ANWAR IBRAHIM; KARPAL SINGH SEPERTI BIASA "AKAN MENFAILKAN RAYUAN" TERHADAP PERTUDUHAN ITU .. "KERANA MULUT BADAN BINASA, KERANA ISYARAT BANG ANU KENA BICARA"! KEKEKE!!-
Ingat lagi drama isyarat tangan rempuh pagar antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali masa perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka April tahun lalu.
Ha tak lama lagi kita boleh tengok drama baru Anwar dan kuncu-kuncunya di mahkamah selepas Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan ketua pembangkang itu untuk untuk membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara tahun lalu.
Anwar tak dituduh pasal isyarat tangan, sebaliknya, kehadiran beliau di dalam perhimpunan tersebut adalah melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadap beliau dan kuncu-kuncunya sebelum perhimpunan tersebut diadakan.
Anwar didakwa di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta tersebut bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin kerana menyertai perhimpunan 28 April 2012 dan melanggar perintah mahkamah.
Anwar bagaimanapun pada 28 Mei telah memfailkan bantahan terhadap perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April dan 1 Mei 2012.
Anwar macam biasa telah memfailkan bantahan terhadap perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April dan 1 Mei 2012.
Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan tidak sah kerana Majistret Zaki Ashraf itu tidak menamakannya di dalam perintah itu.
Bagaimapun Hakim Kamardin Hashim ketika membaca keputusan berkenaan permohonan Anwar hari ini berkata tiada pelanggaran antara Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
"Berdasarkan alasan-alasan tersebut, jawapan saya kepada soalan yang dibangkitkan adalah negatif," kata Kamardin ketika membacakan keputusan tersebut.
Anwar tidak hadir ketika keputusan itu dibacakan dan hanya diwakili peguamnya Karpal Singh.
Parlimen, jelas Kamardin menggunakan kuasanya di bawah Artikel 10(2)(b) untuk menghalang protes jalanan.
"Saya dapati larangan yang dikuatkuasakan Parlimen adalah munasabah demi melindungi kepentingan keselamatan negara dan keselamatan awam.
"Dengan membenarkan protes jalanan ia akan mengganggu hak kebebasan individu lain di bawah Seksyen 3 akta tersebut iaitu; hak untuk berseronok; hak untuk bergerak dengan bebas; hak menikmati pemandangan alam sekitar; dan hak untuk menjalankan urusan perniagaan," katanya.
Karpal yang mewakili Anwar bagaimanapun berkata kepada pemberita pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.
"Kami akan failkan rayuan secepat mungkin, kemungkinan Isnin depan," katanya kepada pemberita.
Sumber: Agenda Daily
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®