Friday, 18 January 2013

PELUANG UNTUK BN SARAWAK BUKTIKAN KEIKHLASAN!

-JANGAN BIARKAN PISANG BERBUAH DUA KALI .. SUDAHLAH RUMAH PANJANG UNDING 20-PINTU (JUGA DI SARATOK, SARAWAK) DI BINA OLEH PKR SELANGOR .. TOLONG JANGAN "BESARKAN LAGI KEMALUAN" YANG SEDIA ADA! AMBIK TINDAKAN SEKARANG!!!-

Dua ratus penduduk kehilangan tempat tinggal apabila Rumah Panjang Chendang Andrew 20-pintu di Sungai Antu, Kerian di Saratok petang Rabu lepas.
 
Menurut Tuai Rumah Panjang tersebut, Chendang Andrew, 60, kebakaran di sedari lebih kurang jam 3:15 petang di salah satu daripada bilik sebelum merebak pantas ke bilik-bilik yang lain.
 
Walaupn keseluruhan warga rumah panjang itu terselamat, mereka tinggal sehelai sepinggang serta kehilangan segalanya termasuk kad pengenalan, pakaian dan harta benda.
 
Barisan Nasional (BN) Sarawak haruslah pro-aktif dalam menangani kejadian ini dengan mengambil initiatif bukan saja rajin turun ke padang sekadar melawat tempat kejadian atau hanya untuk menempah muka di dada-dada akhbar tapi harus ikhlas mencari penyelesaian masaalah rakyat.
 
Jalan penyelesaian biarlah sampai ke hujungnya iaitu sampai ke tahap pembinaan semula Rumah Panjang yang terbakar itu bukan sekadar memberi bantuan wang tunai RM12,000 sahaja seperti yang terjadi kepada Rumah Unding (klik sini dan sini).
 
Wahai YB ADUN atau MP BN Sarawak yang berkaitan, turunlah ke padang, bawa sekali bantuan dari Jabatan Kebajikan atau mana-mana wakil agensi kerajaan yang boleh membantu seperti Jabatan Pendaftaran agar mangsa-mangsa kebakaran boleh memperbaharui kad pengenalan mereka.
 
Oh ya, jangan terlupa juga membawa cek MRP ataupun cek untuk pembiayaian pembinaan semula rumah panjang berkenaan dengan sebelum PKR atau mana-mana pihak pembangkang mengambil peluang untuk meraih sokongan mereka!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List