Monday 17 December 2012

TENGKU AZIZ BELASAH DAP!!!

 -ORANG LAMA BEKAS AHLI MAJLIS TERTINGGI DAP MENGINGATKAN ORANG MELAYU .. "DAP TIDAK BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MEMBELA ORANG MELAYU!!" .. TAK PERCAYAKAH? TANYA DENGAN ORANG MELAYU DI PULAU PINANG!! KEKEKE!!!-
Orang Melayu harus sedar bahawa DAP tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan mereka walaupun parti itu berdegar-degar melaungkan ia memperjuangkan masyarakat berbilang kaum.
 
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata masih terlalu awal untuk mengharapkan parti itu membela orang Melayu atau menerima kaum itu.
 
"Mereka (orang Melayu) harus sedar dari awal bahawa walaupun (DAP) cakap berdegar-degar sebagai sebuah parti berbilang kaum, ia masih terlalu jauh untuk menerima orang Melayu khususnya. Bagi orang Melayu untuk mempercayai DAP boleh melindungi kepentingan mereka, saya rasa terlalu awal," katanya ketika dihubungi Antarapos bagi mengulas kekalahan semua lapan calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
 
Ditanya sama ada beliau terkejut dengan keputusan pemilihan, Tunku Aziz berkata: "Saya rasa keputusannya seperti dijangka,dua keluarga utama diwakili, keluarga Lim (Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng) dan keluarga Karpal (Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh).
 
Tunku Aziz turut menasihatkan pemimpin Melayu di dalam DAP supaya berwaspada dan jangan menaruh kepercayaan sehingga terbukti jelas mereka mempunyai tempat di dalam parti itu.dalam kata lain,jangan letak 100 peratus kepercayaan (kepada DAP)," ujarnya.
 
Mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hendak meletakkan calon-calon Melayu dalam PRU13, Tunku Aziz berkata: "Kita kena tunggu dan lihat.Dia sudah buat banyak ikrar untuk buat itu dan ini… ujiannya pada bukti yang akan dihasilkan."
 
Tunku Aziz juga menyatakan sukar bagi beliau untuk mempercayai slogan Malaysian Malaysia DAP akan berjaya. "…sokongan kepada DAP datang khususnya daripada masyarakat Cina Bandar,jadi takda bezanya.
 
Saya tak yakin masyarakat Melayu akan berebut-rebut hendak mengundi DAP. Ini kerana tidak ada kepercayaan, apabila anda undi sesebuah parti, kepercayaan adalah satu elemen penting."
 
Tunku Aziz adalah pengasas Transparency International Malaysia dan aktivis anti-rasuah yang menyertai DAP 2008. Beliau diangkat sebagai bukti bahawa DAP makin disokong masyarakat Melayu.
 
Bagaimanapun tokoh itu keluar parti pertengahan tahun ini kerana tidak bersetuju dengan tindakan DAP merestui tunjuk perasaan jalanan Bersih 3.0 dan sifat tidak amanah di kalangan pemimpin parti.
 
Walaupun disogok dengan gaji lumayan dan jawatan kanan lain oleh DAP, Tunku Aziz berpegang kepada keputusannya untuk keluar daripada parti itu.
 
(klik sini)
 
Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List