Wednesday 14 November 2012

TEKNOLOGI MEMBRAN TAK SESUAI ATASI MASALAH AIR SELANGOR!

-MENTERI BESAR KHALD IBRAHIM YANG KINI BAGAIKAN SEORANG "PAKAR AIR" TETAP MENEGASKAN TEKNIK MEMBRAN YANG BERKOS LEBIH TINGGI DARI LOJI RAWATAN AIR BIASA ADALAH YANG TERBAIK WALAUPUN DISANGKAL MEREKA YANG BENAR-BANAR MEMPUNYAI KEPAKARAN DALAM BIDANG INI..ADA PAPA KER NI? KEKEKE!!!-
Teknologi membran yang disaran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaedah merawat air tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah kerana sistem itu adalah kaedah penaisan air sisa untuk kegunaan industri.

Pakar pengurusan air Dr Ahmad Zaharudin Sani Sabri berkata teknologi membran kebanyakkannya diguna secara mudah alih dan sering digunakan industri untuk memproses air yang diguna sebelum dilepaskan ke dalam sistem air sedia ada.

"Membran juga boleh digunakan untuk memproses air kumbahan kerana air ia sebahagian dari air sisa," katanya.

Beliau berkata kelebihan teknologi itu hanya setakat membersihkan air untuk industri yang boleh diguna semula dalam indusrti atau operasi kilang.

"Selalunya bagi operasi kilang seperti kilang getah yang memerlukan penggunaan banyak air memprosesnya kembali dan diguna pakai semula dalam kilang itu," katanya.
Ahmad Zaharuddin yang juga seorang pensyarah kanan berkata, kerajaan Selangor gagal melihat aspek penting bahawa teknologi membran ialah sistem memerlukan air mentah dan isu itu yang harus diutamakan.
"Bagaimanakah kita dapat memproses air jika kita tidak mempunyai bekalan air mentah? Isunya ialah adakah kita mempunyai air mentah mencukupi untuk diproses menjadi air bersih? Itu adalah pertanyaan yang cukup besar," katanya.
Mengenai pelbagai kenyataan oleh pemimpin kerajaan Selangor bahawa negeri itu mempunya sumber air mentah yang mencukupi, Ahmad Zaharuddin berkata ramai yang salah sangka berhubung isu itu kerana mereka bersandarkan fakta hujan dan sungai yang banyak di Malaysia.
"Tetapi pernahkah kita terfikir sama ada hujan yang kita nikmati setiap hari ini, ditakung? Adakah kita menyimpan hujan untuk diproses?" tanya beliau.
Katanya walau sebanyak mana hujan yang turun di merata tempat, air hujan itu tidak boleh dipanggil air mentah untuk diproses jika tidak turun di kawasan takungan.
Dalam temu bual menerusi rancangan Soal Jawab yang disiarkan TV3 baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Jabatan Bekalan Air Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) Marzuki Mohammad berkata kos rawatan air teknologi membran adalah jauh lebih tinggi berbanding loji rawatan air konvensional iaitu di antara lima hingga enam kali ganda.
Beliau merujuk kepada kenyataan Abdul Khalid bahawa teknologi itu membabitkan kos yang lebih rendah.
Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. As water experts always reiterated: membrane technology (as proposed by selangor MB) is not cost effective and could not be used to treat heavily contaminated water effectively. If it was, then definitely it would have been widely used around the globe..so khalid ibrahim, you should be practical and not emotional.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List