Wednesday, 14 November 2012

PAS SONGLAP WANG DERMA IBU-IBU TUNGGAL?

-CAMNER BOLEH LAGU TU? TERUK BETUL ORANG PAS NI SAMPAI WANG DERMA UNTUK IBU-IBU TUNGGAL PUN HANGPA PI SAPU? KEKEKE!!!-
Pimpinan Pas memang cukup fobia kalau dengar nama Cikgu Non.
 
Cikgu Non adalah antara pejuang Pas yang jenis sanggup syahid dalam perjuangan.
 
Orang seperti ini sanggup berhabis atau berkorban apa sahaja demi parti.
 
Dia juga adalah pejuang Pas sejak zaman Ibrahim Libya lagi.
 
Cikgu Non tinggal di Kampung Memali, berdekatan dengan sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Libya.
 
Sebab apa pimpinan Pas cukup fobia dengan Cikgu Non ?
 
Cikgu Non adalah antara penggerak utama untuk ibu-ibu tunggal yang suami mereka meninggal dalam kejadian Memali mencari pendapatan bagi meneruskan hidup.
 
Cikgu Non tahu bagaimana Pas mengutip duit dari orang ramai atas nama Tabung Memali yang mencecah juta-jutaan.
 
Walaupun kutip juta-juta tetapi wang yang sampai kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak seperti sepatutnya.
 
Setelah melihat wujudnya unsur-unsur penyelewengan dalam menguruskan isu derma itu, Cikgu Non mula bersuara.
 
Mula-mula dia bersuara secara baik atau mengikut saluran parti.
 
Tetapi suaranya tidak dipedulikan. Selepas itu beliau mula lantang bersuara tentang isu berkenaan.
 
Kerana kelantangannya itu akhirnya dia dipecat sebagai ahli Pas seumur hidup.
 
Selepas dipecat Cikgu Non mula menulis sebuah buku yang menceritakan tentang kisah penyelewengan tabung Memali.
 
Pas cukup takut dengan buku itu......pernah dalam satu majlis ceramah di Memali petugas-petugas Pas memeriksa satu persatu gerai-gerai di tempat ceramah untuk memastikan buku berkenaan tidak di jual.
 
Seorang kawan pernah berjumpa dengan Cikgu Non dan dia berkata walaupun telah dipecat oleh Pas namun beliau tetap orang Pas.
 
Cikgu Non mendedahkan bagaimana Pas telah menandatangani satu perjanjian dengan PKR dan DAP untuk tidak menyentuh hudud dan negara islam jika mereka berjaya menawan negara.
 
Nak tengok video ucapan Cikgu Non di majlis Wacana mengembalikan Pas kepada perjuangan asal klik sini.

Sumber: RBF Online

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List