Wednesday, 14 November 2012

ANWAR JADI "BABO" (NYANYUK) DEK KERANA SUMPAH ESKAY?

-KEJAP MANSUHKAN PTPTN, KEJAP KENA BAYAR..BIAR BETUL BANG ANU NI..COMPOM ANWAR DAH BABO!!!KEKEKE!!-
*BABO- NYANYUK DALAM BAHASA MELAYU SARAWAK


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar perjuangan pakatan pembangkang apabila menegaskan, pinjaman yang digunakan untuk membiayai kos pendidikan mesti ditunaikan.

Anwar menjelaskan, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana kewajipan membayar hutang telah ditegaskan di dalam al-Quran.

"Saya ingin tegaskan dalam masalah pendidikan, hutang memang harus dibayar dan apabila ada perjanjian harus ditunaikan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ketika mencelah sesi perbahasan tersebut meminta Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewajipan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu.

Kenyataan Anwar itu mengelirukan kerana selama ini, pembangkang sering berjanji kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya menjadi kerajaan.

Sementara itu, pada sidang akhbar di lobi Parlimen, ketika ditanya tentang Kabinet bayangan yang diumumkan, Anwar dilihat cuba mengalih perhatian pemberita dengan menimbulkan persoalan sama ada Najib telah mengumumkan nama bakal Menteri Besar Selangor dan nama bakal Menteri Kewangan selepas menang pilihan raya nanti.

Beliau menjelaskan, amalan mewujudkan Kabinet bayangan cuma dipraktikkan di United Kingdom (UK) dan Australia tetapi tidak di Amerika Syarikat (AS) serta Perancis.

"Ini amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di UK, tetapi saya tidak mahu elak.

"Itulah senarai pimpinan kanan ketiga-tiga parti pembangkang yang akan ditugaskan untuk menjaga bidang ekonomi, pendidikan dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)," ujarnya.


Sumber: Papagege

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List