Friday 20 September 2013

VIDEO: PEGAWAI KESIHATAN BUBUH JENTIK-JENTIK FITNAH PEMILIK PERMIS!

-TERKINI, DIFAHAMKAN PEGAWAI KESIHATAN NEGERI SEMBILAN YANG DIDAKWA SENGAJA MEMBUBUH JENTIK-JENTIK KE DALAM CONTOH AIR YANG DIAMBIL DARI SEBUAH PERMIS PERNIAGAAN DI BAHAU TELAH DI GANTUNG KERJA! INDIVIDU SEBEGINILAH YANG MEMALIT ARANG DI MUKA AGENSI-AGENSI KERAJAAN! KEKEKE!!!-

Ini adalah sebuah klip dari rakaman kamera video tertutup (CCTV) yang telah disiarkan kembali oleh sebuah stesyen televisyen tempatan.

Menurut penjelasan di Youtube, kejadian dikatakan berlaku Selasa lalu (17 September) dan melibatkan dua individu yang disyaki Pegawai Kesihatan yang datang membuat pemeriksaan berkaitan pembiakan nyamuk aedes di kawasan industri Bahau, Negeri Sembilan.

Kalau dilihat kepada rakaman di bawah, pada saat ke 6 video itu, memang kelihatan tangan wanita itu seperti memasukan sesuatu ke dalam tangki yang ada.

Mengikut pemilik kedai berkenaan, wanita itu telah memasukan jentik-jentik.

Mungkin kedua pegawai berkenaan telah meminta duit kopi untuk mengelakkan diri daripada mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis berkenaan.

Perkara ini perlu disiasat secara rapi dan mendalam serta tindakan tegas perlu diambil jika benar kedua pegawai berkenaan bertindak seperti itu.

Ia umpama harapkan pagar, pagar makan padi.


TERKINI: Pegawai Bubuh Jentik-Jentik Digantung Tugas

(Petikan Berita Harian Online)

Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.

Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan.

Kerap ganti air

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam.

Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.


(sumber


-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Betulkah ini terjadi? kalau betul kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas. Di setengah-setengah negara Owner atau tuan punya premis itu akan mengiringi kemana pegawai itu pergi memereksa. Kenapa ini tidak berlaku? ataupun ini suatu prosedor biasa di Malaysia? Atau ini satu manupulasi pehak-pehak yang tertentu yang mempunyai kepentingan?

    Buatlah siatan? Persepsi begini jangan di biarkan berlaku!

    Fikir-fikirlah.

    ReplyDelete
  2. saya seorang pegawai kesihatan yang menjalankan tugas seperti tugas di atas, prosedur di Malaysia menetapkan bahawa pemilik premis wajib mengikuti pegawai tersebut. kepada assaad, janganlah asyik menyalahkan negara atau mana2 pihak. kejadian diatas kerana sikap tidak bertanggungjawab pegawai terbabit, bukan salah mana2 jabatan, khususnya KKM.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List