-SESUNGGUHNYA MEREKA YANG MENGIBARKAN BENDERA YANG BUKAN DI IKTIRAF SEBAGAI BENDERA MALAYSIA SELAIN JALUR GEMILANG INI BOLEH DI ANGGAP SEBAGAI "PEMBERONTAK"!.. KEKEKE-
Kenyataan pemilik blog Singa Selatan yang turut disiarkan
oleh Sinar Harian tidak dapat memadamkan fakwa bahawa pengibaran bendera Sang
Saka Malaya itu digalakkan oleh pihak penganjur sendiri.
Kenyataan itu
seolah-olah mahu menyempitkan skop dengan meletakkan kesalahan kepada satu
kumpulan anak muda, walhal ianya dirancang secara sistematis oleh pihak
penganjur.
Salah seorang penganjur utama,Hishamuddin Rais menyiarkan kenyataan media
Gabungan Janji, 29 Ogos 2012, dalam blognya,tukartiub.blogspot.com yang meminta
agar bendera Sang Saka Malaya dikibarkan pada malam itu.
“Kibarkan Sang Saka Malaya,Merdeka dari jajahan UMNO,”
seru Hishamuddin dalam blognya.
Blog itu juga turut menyiarkan bendera Sang Saka Malaya
yang dimaksudkan itu iaitu bendera yang sama dikibarkan pada malam sambutan
kemerdekaan ke-55 itu.
Mohd Shuhaimi Embong dalam bukunya,“Di Sebalik Tabir
Politik Kampus”, Pustaka Generasi Baru,1994 memperkenalkan Hishamuddin Rais sebagai
Setiausaha Agung PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) pada tahun 1974
dari kumpulan yang dilabel sebagai sosialis.Hishamuddin dikatakan terlibat
aktif dalam Kelab Sosialis Universiti Malaya.
“Hassan Karim (1984) mendakwa tahun 1972 merupakan tahun
kemerosotan pengaruh sosialis kerana pada tahun itu juga Hishamuddin
Rais,seorang tokoh pelajar sosialis yang dinamik telah ditumbangkan dari kerusi
Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM).
Tetapi
pada tahun 1973,Kelab Sosialis telah disusun semula dan kembali menjadi tenaga
penting dalam politik Universiti Malaya setelah berjaya menguasai kembali PMUM
dengan menempatkan Hishamuddin Rais sebagai Setiausaha Agung PMUM yang baru,”
dedah pengarang buku itu.
Menurut buku gerakan pelajar itu, Hishamuddin melarikan
diri ke luar negara pada tahun 1974 untuk mengelakkan dirinya ditahan ISA.
“Ekoran peristiwa Disember 1974 ini (Demonstrasi
pelajar), ramai pemimpin mahasiswa Universiti Malaya yang ditangkap dan ada
yang ditahan di bawah ISA.
Tetapi Hishamuddin Rais (Setiausha Agung PMUM)
berjaya melepaskan diri dari tahanan ISA kerana berjaya melarikan diri ke luar
negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.
Beliau hanya muncul semula setelah
berbelas tahun berada di perantauan dan kembali semula ke negara ini pada 18
November 1994v,setelah hampir 20 tahun menjadi ‘pelarian politik’,” dedahnya
lagi.
Menurut rekod,Hishamuddin kembali ke tanahair ketika
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia - AIDC
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®