-PERUTUSAN DULI YANG DIPERTUAN AGONG SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013-
Baginda juga percaya rakyat di negara ini amat
memahami dan menyedari kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan
negara.
"Perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan adalah
amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan
mendaulatkan negara," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul
peringkat kebangsaan tahun 1434H di sini hari ini, lapor Bernama.
Turut berangkat hadir pada majlis itu Raja
Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Sambutan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak
Kesatuan Ummah' itu juga turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Seri Paduka baginda turut menyeru rakyat agar
bersama-sama mengekal dan memperkukuhkan perpaduan untuk membina kekuatan bagi
memajukan agama, bangsa dan negara.
"Marilah kita sama-sama menjayakan setiap usaha
pembaharuan dan perubahan dengan menggunakan acuan Islam sebagaimana yang diajar
Nabi Muhammad S.A.W iaitu dengan penuh kesederhanaan dan berimbang," titah
baginda.
Baginda bertitah sirah Rasulullah juga menunjukkan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat sama ada dari segi keturunan, pegangan agama, budaya dan bahasa, bukanlah satu masalah dan penghalang kepada perpaduan asalkan kesederhanaan atau pun pendekatan wasatiyyah itu dijadikan amalan dalam kehidupan.
Pada majlis itu baginda turut berkenan
menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul kepada bekas Yang Dipertua Majlis
Islam Sarawak dan bekas Mufti Negeri Sarawak Datuk Seri Anis Abot.
Sumber: KL Pos
-UnReportedNews™®
semoga kita mendapat pengajaran dari perutusan ydp agong
ReplyDelete