Wednesday, 21 March 2012

AJAIBNYA, "BABI HALAL" DALAM TIN MUNCUL SEMULA!

-PADA PEMBALUT TIN DAGING BABI CINCANG BERPERISA CAMPURAN KACANG YANG DI IMPORT DARI CHINA INI MEMPERLIHATKAN TULISAN HURUF JAWI "HA-LAM ALIF-LAM"  & TULISAN RUMI "HALAL"-



KES kewujudan “kehalalan” Babi cincang dalam tin di import dari China muncul lagi sekali di Sarawak. Adakah orang-orang dari negeri Tanah Besar China terlalu pandai dan  “advance” sehingga mereka mampu mempelajari serta menemui cara/teknik baru penyembelihan” babi sehingga ianya dapat di “halalkan” sebab ini agak mustahil kerana sesungguhnya babi di katogerikan sebagai “najis” untuk umat Islam. Sungguh bengap dan biadap mereka ini!

Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya merasa “terhina” serta terkilan kerana kewujudan “babi halal” ini (Pork Mince With Bean Paste) di Sarawak/Malaysia amnya kerana mempamirkan tulisan jawi “Ha-Lam Alif-Lam” dan tulisan rumi “Halal”. (Terima kasih kepada teman FB Dato' Idris Buang iaitu saudara Merican Wayne atas pendedahan ini).

Namun apa yang lebih bengap lagi, mengapa makanan haram bercap halal ini boleh menembusi pasaran Sarawak/Malaysia lagi dan dengan senang lenangnya saja ianya mampu berada di atas para-para dalam kedai-kedai di sini. Apakah agensi kerajaan yang berkaitan (baik KPNDKK, Jabatan Agama Islam atau mana-mana agensi berkaitan) pun “terbengap” juga sehingga mereka tertipu melihat cap “halal” tersebut lalu terlintas pandangan? Atau sememangnya mungkin pemantauan memang tidak pernah di lakukan? 

Setakat ini (March 21hb), berapa jumlah rampasan tin “babi halal” ini telah di rekod sekiranya operasi memantau dan membasmi “menatang haram” ini dilakukan? Nyatakan secara terbuka? Satu lagi, tolong ambil tindakan ke atas perkara ini termasuk tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang telah didapati mengimport “babi halal” ini. 

Kerajaan tidak boleh “menutup mata” ke atas perkara ini dan THERE MUST BE SOMEONE RESPONSIBLE IN THIS MATTER TO BE BLAMED, AS IT IS A DIRECT HUMILIATION AND INSULT TO THE MUSLIMS COMMUNITY IN MALAYSIA. Mana nak simpan muka? Kita kan salah satu daripada negara contoh Islam di dunia? Babi boleh di halalkan kah?

Bab Halal dan Haram ini adalah perkara serius dan tidak boleh di kompromi langsung, cuba bayangkanlah sekiranya ditakdirkan ada seorang hamba ALLAH yang hanya pandai membaca tulisan jawi “terbeli dan menjamu babi halal” itu kerana dek terlihat cap “HALAL” terjentang tersebut? Siapa yang nak menanggung dosanya? Cuba jawab.

Sebagai wartawan dan blogger beragama Islam, saya dah melakukan tanggungjawap saya iaitu mewar-warkan perkara ini. Anda pula?


-UnReportedNews™®

2 comments:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List