Tuesday 20 March 2012

KEPERIHATINAN BN KEPADA RAKYAT TERSERLAH

-BANTUAN IKHLAS DARI BN BIARPUN DI DALAM KAWASAN PEMBANGKANG-

Kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah bekas anggota tentera, Ahmad bin Sabang, 71, telah mendapat pembelaan sewajarnya apabila kerajaan bersetuju membantu dalam membina rumah baru yang bernilai RM50,000.

Sumbangan itu telah membuatkan Ahmad berasa lega dan terharu di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan. Biarpun begitu, Ahmad tetap mengenangkan rumahnya yang disifatkannya mempunyai seribu satu macam kenangan. Ini disebabkan rumah itu adalah peninggalan keluarganya yang mula-mula mendiami kawasan itu yang kini terletak di tengah-tengah bandar Kuching.

Selain bantuan rumah, keluarga Ahmad juga menerima sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan pakaian. Sejak kejadian kebakaran itu, keluarga Ahmad tidak putus-putus menerima bantuan khususnya daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Manakala, yang menjadi persoalan tiada seorangpun pemimpin wakil rakyat daripada DAP mahupun PKR yang merupakan wakil rakyat di kawasan itu menampakkan muka atau melihat kejadian itu.

Pada majlis itu, PBB DUN N.11 Batu Lintang yang diketuai Dato’ Haji Idris Buang bersama dengan SUPP Parlimen Bandar Kuching serta Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dan KEMAS telah bekerjasama mengadakan gotong-royong membersihkan tapak rumah Ahmad Sabang. Gotong-royong ini dilakukan bagi memberi ruang kepada pembinaan rumah baru yang dijadualkan akan dibina tidak lama lagi.

Biarpun rumah ini terletak di kawasan Pakatan Pembangkang, iaitu dalam Parlimen P.195 Bandar Kuching yang diwakili DAP manakala DUN N.11 Batu Lintang diwakili PKR, namun ia tidak sedikitpun memberikan tekanan dan meruntuhkan semangat untuk membantu rakyat. Malah, rakyat di Sarawak dan Malaysia keseluruhannya perlu berasa berbangga kerana mempunyai kerajaan yang prihatin akan masalah rakyat khususunya ketika menghadapi bencana dan musibah yang tidak diduga.

Mengulas pemberian itu, Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN kerana menghulurkan bantuan. Biarpun rumah asal telah musnah namun pemberian kerajaan ini telah banyak membantu kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan. Paling bersyukur, dalam kejadian itu tiada sebarang kejadian kemalangan jiwa hanya melibatkan kemusnahan harta benda.

Turut hadir di majlis Prihatin Merpati Putih BN ialah Timbalan Datuk Bandar MBKS, Haji Abang Affandi Abang Anuar, wakil SUPP, Sih Hua Tong, Pengarah JASA Sarawak, Hassan Busu dan Pengarah KEMAS, Haji Abang Rabee Abang Muhi. Turut sama membantu gotong-royong itu pegawai dan kakitangan JASA Sarawak, KEMAS Sarawak, PBB, SUPP dan penduduk setempat. 

Sumber dari rakan blogger Wira Kenyalang. Sila click sini.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List