Monday, 18 June 2012

PR TUNJUK BELANG SEBENAR-HANYA MAHUKAN UNDI RAKYAT

-PR MENGAJAR RAKYAT UNTUK TIDAK MENGENANG BUDI MAKA SECARA LANGSUNG TAK MUSTAHIL PR TIDAK AKAN "MENGENANG BUDI" RAKYAT YANG TELAH MENGUNDI MEREKA DALAM PRU KE-13 NANTI-
  

Belang kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang hanya berniat mempergunakan undi rakyat untuk menjadi kerajaan  namun tidak bertanggungjawab ke atas rakyat sekiranya berkuasa dinyatakan dengan secara tidak langsung menerusi ceramah mereka di Kuching Sarawak malam semalam.

“Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) nak sangat sangat bagi BR1M siri kedua..ambik sahaja duit itu tapi yang penting undi lah PR,” kata salah seorang penceramah wanita PKR dengan bangga namun tidak tahu implikasi kata-katanya.

“Ciss..macam ini punya pemimpin pun ada, mengajar rakyat menipu..kalau macam lah perangai, tak mustahil sekiranya menang pilihanraya PR tidak memperdulikan rakyat selepas meraih undi pengundi jika sikap mereka sebegini yang hanya mempergunakan orang ramai,” dengus seorang tua berkupiah putih yang tidak dikenali yang pada mulanya duduk di sebelah saya bangun meninggalkan majlis berkenaan.


Beberapa hadirin turut meninggalkan majlis tersebut sebaik saya mendengar kata-kata penceramah berkenaan. Nyata rata-rata masyarakat Sarawak lebih matang fikiran mereka berpolitik dan masih memegang perinsip, “orang berbudi, kita berbahasa’.


Dalam ceramah malam semalam, PR telah membayangkan polisi mereka yang sebenarnya iaitu hanya mempergunakan orang..bagi mereka hanya UNDI saja yang penting, maruah, kesetiaan serta sifat mengenang budi seolah tidak wujud dalam pendirian PR.

PR mengajar rakyat untuk tidak mengenang budi maka secara langsung tidak mustahil sekiranya PR tidak akan mengenang budi rakyat yang telah mengundi mereka dalam PRU ke-13 nanti.

Terimakasih kepada “tindakan kurang bijak” PR yang mengadakan sesi ceramah malam semalam kerana ianya membuktikan niat mereka yang hanya ingin meraih undi rakyat namun enggan bertanggunjawab sekiranya berkuasa.

Intipati ceramah tersebut PR juga sebenarnya menjadi platform perbezaan di antara PR dan BN, di mana BN adalah kerajaan yang ideal memdahului rakyat, mengutamakan pencapaian.



-UnReportedNews™®





No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List