Monday, 18 June 2012

CERAMAH PR DI KUCHING SARAWAK MENYEDIHKAN!!

-PELBAGAI ALASAN DI BERI; SALAH KOMUNIKASI LAH, DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) MENCABUT BENDERA PR “PENANDA” LAH MALAH MENJUAL NAMA YB AZMIN ALI YANG KONONNYA AKAN MEMBERI CERAMAH MALAM TADI PUN TAK BERJAYA MENARIK MINAT ORANG UNTUK MENGHADIRI PROGRAM TERSEBUT-


Hanya lebih kurang 300 orang hadir ke Ceramah Merdeka Rakyat II PR yang di anjurkan oleh Wanita PKR Sarawak di Satok semalam dan malangnya hamper separuh daripada mereka yang hadir itu adalah “hadirin import” yang pastinya bukannya warga Satok.

Selain daripada beberapa orang pemimpin pembangkang tempatan Sarawak, pihak penganjur mempertengahkan beberapa penceremah wanita pembangkang dari Semenanjung Malaysia yang kurang di kenali sehinggakan petugas pembangkang sendiri yang mengendali acara tersebut apabila di tanya nama penceramah yang berceramah hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu dan seolah-olah “blur”.

Tempat yang di pilih untuk membuat ceramah amat “menyedihkan” iaitu di petak letak kereta bersebelahan dengan Wisma Satok berbackdropkan wajah Anwar Ibrahim.

Pelbagai isu-isu nasional dan tempatan yang kebanyakannya diputar belitkan fakta-fakta di pertengahkan (yang akan di kupaskan satu-persatu oleh UnReportedNews™® dalam posting yang akan datang….tungggguuu).

Yang nyata ceramah PR malam tadi gagal kerana sejurus mendengar Azmin Ali sebenarnya tidak akan berceramah sebahagian daripada hadirin yang ada termasuk saya sendiri meninggal majlis itu (tambahan ceramah-ceramah yang disampaikan amatlah membosankan).

Klimax ceramah itu adalah penceramah yang terakhir iaitu YB Zuraida Kamaruddin-PKR namun pada masa itu saya sudah balik (hahaha!) namun saya akan cuba mendapat isi-isi ceramahnya menerusi rakan-rakan Cybertroopers saya yang lain yang seakan-akan seperti memaksa diri mereka untuk berada di program berkenaan sehingga ke penghujungnya.

-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List