-PENCERAMAH DAP INI SEAKAN MEROYAN NAK MENGAMBIL HATI "GUEST OF HONOR" MEREKA IAITU YB ZURAIDA KAMARUDIN A.K.A "MAK LAMPIR" LALU MERAPU DALAM CERAMAHNYA!-
“Minyak..sekejap naik sekejap turun..nak tunggu Rosmah
bagi tahu Najib suruh turun harga baru harga mau turun kah?.”
Kenyataan sebegini yang dikeluarkan oleh penceramah
wanita DAP Sarawak sewaktu ceramah PR di Kuching Sarawak baru-baru ini menunjukkan
betapa ceteknya pemikiran pembangkang yang menyangka PM Najib boleh menaik dan
menurunkan harga minyak petrol ini dalam Malaysia dengan sesuka hati.
Atau sememangnya beliau sengaja cuba membayangkan
persepsi ini kepada rakyat untuk menimbulkan kemarahan rakyat yang mungkin akan
percaya yang PM Najib benar-benar ada kuasa untuk menurunkan harga minyak
dengan sewenang-wenangnya.
Malah saya yang berpendidikan rendah ini mengetahui yang
harga minyak di Malaysia ini adalah mengikut harga pasaran dunia dan walaupun
kita telah mengadakan subsidi minyak namun had subsidi tersebut telah pun dikira
dan dirancang dengan terperinci.
Sekiranya subsidi tersebut di tambah biarpun satu sen
seliter ianya boleh menganggu-gugatkan bujet belanjawaan Negara atau dalam
bahasa pasar-bujet lari. (Aiya Nonya, lu balik pergi sekolah lah!)
Kalau pembangkang ni betul-betul ikhlas nak sangat membantu
rakyat dalam hal harga minyak apahal kerajaan negeri pembangkang tak nak
menambah subsidi minyak yang sedia ada kepada rakyat di negeri mereka masing-masing?
Ada berani kah? Memang takde telur!! Kalau takde diam, jangan cuba nak bangkit sesuatu
perkara yang anda sendiri kurang faham, kalau tidak terserlahlah “kebodohan”
anda itu kelak!!
Penceramah DAP ini juga yang seakan meroyan bagaikan nak mengambil
hati “Guest of Honor” mereka iaitu YB Zuraida Kamarudin-PKR a.k.a “Mak Lampir” juga
sempat merapu mengenai lampu jalan yang lambat di perbaiki pihak berkaitan.
“Tauke-tauke kedai di situ komplen pada saya,” katanya tanpa
segan dan silu membuka pekong di dadanya menyatakan dia merapu atas desakan kroni-kroninya
(tauke-tauke kedai berkenaan).
Cik atau Puan penceramah ni mungkin ingatkan kroni-kroninya
dia saja yang menggunakan eletrik di Sarawaak dan lupa jutaan lagi rakyat lain yang
menggunakan elektrik atau perkataan SABAR itu tak ada dalam kamus mereka (Lu
ingat lu sorang ada masaalah kah? Sabarlah sikit, nantilah Sesco perbaikikan lampu
itu!! Wait in line!)
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®