Wednesday 20 June 2012

PR GESA SARAWAK CONTOHI "KEMAJUAN" KELANTAN?

-KAWE NOK TERGELAK TERDENGE ROYAK PENCERAMAH DARI PAS MALE TU..DIA ROYAK KELATE DAH JAUH MAJU DARI SARAWAK & SARAWAK PATUT IKUT KEMAJUE KELANTE..BIOR BETUL..BUKE KAWE NOK MENGATE, KAWE NI ORE SARAWAK TAPI PERNAH DOK KELATE DUA TAHUN..LANGSUNG TAKDE KEMAJUE SELAIN DOK PEMIMPIN PAS SIBOK NOK BERPOLITIK SIAE MALE-

Pemimpin Wanita PAS dalam ceramah Merdeka Rakyat 2 di Satok pada malam Israq dan Mikraj terlalu banyak membohongi rakyat Sarawak berhubung kemajuan yang dikecapi Malaysia sekarang.

Atas alasan rakyat kini banyak dibebani hutang negara dan kelemahan pentadbiran kerajaan BN sepanjang memerintah 54 tahun Malaysia, pemimpin Wanita PAS yang di import khas dari Semenanjung Malaysia telah menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh kepada pentadbiran PR selain Selangor dan Pulau Pinang. Malah, menurut pemimpin Wanita PAS tersebut, kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia selama 54 tahun perlu diubah dan digantikan dengan Kerajaan PR.

Kelantan yang telah dipimpin PAS lebih kurang 25 tahun, kini dikatakan sangat maju di Malaysia berbanding negeri-negeri lain pimpinan Kerajaan BN. Hanya bermodalkan fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz dan kepartian parti politik PAS telah menyebabkan Kelantan “maju” dan “berdaya saing”.

Sememangnya gejala masalah sosial seperti rogol, liwat, dadah dan sebagainya mencatat kedudukan tertinggi di Malaysia. Namun, disebabkan “kealiman” Menteri Besarnya dan pandangan “warak” daripada rakyatnya, semua itu diketepikan hingga membolehkan pemimpin Wanita PAS berkenaan memberikan contoh Kelantan sebagai negeri terbaik kepada rakyat Sarawak.

Faktor kemunduran Kelantan diperkukuhkan dengan kenyataan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar bahawa kemunduran Kelantan terjadi kerana pentadbiran PAS lebih mendahulukan politik kepartian.

Disebabkan keasyikan PAS berpolitik, banyak kemudahan asas yang sepatutnya disediakan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS telah diabaikan. Akibatnya, rakyat Kelantan menderita sepanjang masa biarpun rakyat Kelantan cuba untuk memberi peluang kepada PAS untuk memerintah lagi. Lihat saja bagaimana Kerajaan Kelantan GAGAL menyediakan kemudahan air bersih kepada rakyatnya sejak sekian lama.

Pentadbiran Pas di Kelantan bukan sahaja menyebabkan rakyatnya rugi selama 20 tahun, malah turut menjadikan negeri itu mundur 40 tahun. Apa tidaknya, pelabur yang berkeinginan untuk melabur juga terpaksa melupakan hasrat mereka kerana kekurangan dan ketiadaan kemudahan asas. Atas sebab itu, ramai rakyat Kelantan dipaksa berhijrah ke luar Kelantan.

Ternyata, rakyat Sarawak sekali lagi telah diperbodohkan pemimpin Wanita PKR dengan menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh terbaik pimpinan PAS. Rakyat Sarawak tidak bodoh dan tidak akan diperbodohkan hanya kerana kepentingan politik Pembangkang untuk menuju Putrajaya.

Sumber: WIRA KENYALANG™

-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List