-FAHAMI STRATEGI "NON-VIOLENT RESISTANCE" BERSIH 3.0 YANG GAGAL KERANA ANWAR IBRAHIM-

Jika kita menganalisis gerakan seperti #Occupy Dataran
dan BERSIH 3.0, ia bukanlah dianjurkan secara “Semua Dijemput Hadir
Beramai-Ramai”, seperti mana lumrah jemputan kepada majlis-majlis politik atau
rapat umum. Jika ada sekalipun, ianya sekadar nasi tambah.
Sebaliknya, terdapat usaha terancang apabila mereka yang
hadir terdiri dari golongan-golongan kecil seperti LBGT, mahasiswa, anti-Melayu
dan Islam yang digabungkan untuk mencapai jumlah sekitar 25 ribu orang. Sekali imbas, sudah kelihatan akan kordinasi
yang dibuat untuk menjayakan cita-cita politik jalanan untuk mencetuskan huru
hara itu.
Pendemo rata-rata tahu apa yang perlu dibuat, terutamanya
apabila berhadapan dengan pihak Polis.
Ada yang mendakwa “perhimpunan aman”, namun rakyat sudah faham hasil
dari BERSIH 3.0 yang kotor itu. Apa yang mungkin kita tidak ketahui ialah bagaimana
usaha berterusan dilakukan oleh Anwar dalam menyebarkan fahaman pluralisma dan
liberal sebelum unsur-unsur politik keganasan jalanan disemai kepada
pemimpin-pemimpin kumpulan kecil itu.
Mungkin sahaja, ada sesi-sesi tertutup bagi melatih rekrut baru agar
memahami cara untuk beroperasi.
Paling ketara ialah provokasi yang dilakukan kepada pihak
Polis yang bertujuan untuk memaksa Polis bertindak balas. Tentunya, kamera dan video sudah tersedia
bagi merakamkan “aksi ganas” polis.

Tanpa disedari, segala perancangan ini sebenarnya satu
strategi yang dipanggil “Non-Violent Resistance”, iaitu strategi yang pernah
digunakan oleh Mahatma Gandhi dan juga Martin Luther King. Mencapai maksud, tanpa berlaku ganas.
Mungkin kita tidak sedar, bagaimana perjuangan Palestin
tidak pernah berkubur waima anak-anak muda mereka hanya berbekalkan batu yang
dilontarkan kepada kereta kebal Israel!
Jawapannya ialah penggunaan visual samada dari telefon
bimbit atau kamera video bagi merakamkan aksi ganas terhadap rakyat marhaen
yang tidak bersenjatan digunakan untuk terus membakar semangat perjuangan
mereka. Tayangan demi tayangan telah
membuatkan pejuang Palestin terus berdiri mengibarkan panji, waima dibedil,
diseksa, dizalimi sekalipun, api perjuangan Palestin tidak pernah berkubur.

BERSIH 3.0 mengharapkan akan ada kebangkitan rakyat dari
jalanan, persis “Arab Spring”.
Melihat akan kegagalan Non-Violent Resistance ini, Anwar
tidak lagi boleh bersabar, dan mengarahkan agar merempuh polis, yang sama
sekali bertentangan dengan strategi asas BERSIH 3.0. Akhirnya, ia menjadi “Violent Attack” yang
mana meletakkan BERSIH 3.0 sebagai penzalim, pencetus huru hara atas satu sebab
iaitu…
KERAKUSAN ANWAR UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI AT ALL
COST!
Sumber: Selangor Daily Dot Com
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®