Saturday 12 May 2012

SPDP LANTIK EXCO TANPA PENGETAHUAN EMPUNYA BADAN?

-TINDAKAN INI DI ANGGAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KERANA MEMBELAKANGI MEREKA YANG DI LANTIK & SESETENGAH MENGGANGGAP PERLANTIKKAN ITU ADALAH PENGHINAAN KERANA MEREKA TIDAK PERNAH MEMINTA JAWATAN TERSEBUT-

Para Tuai Rumah Kawasan Nabor Beluru yang menunjukkan keratin akhbar yang telah melantik mereka dalam exco SPDP Cawangan Beluru
Seramai 20 tuai rumah panjang kawasan Parlimen Baram dekat sini, hari ini membidas tindakan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Cawangan Beluru kerana melantik rakan mereka sebagai ahli exco tanpa kebenaran dan pengetahuan.

Tr. Aji Eyang Sungai Liam yang telah dilantik sebagai Naib Pengerusi I SPDP Cawangan Beluru baru-baru ini tanpa kebenaran dan pengetahuannya ketika ditemui di sidang media di sini berkata, pernubuhan cawangan itu tidak sah oleh tuai-tuai rumah kawasan ini.

Katanya, tindakan oleh cawangan itu dianggap sebagai menghina dua lagi rakan iaitu TR. Ansok Lagga dari Sungai Kelabit dan TR. Adin Jamban (Sungai Kelabit Baroh).

“Ini juga turut mendatangkan tidak puas hati terhadap tuai-tuai rumah yang lain kerana seolah-olah mempermainkan mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Tr. Ansok Lagga berkata, sangat kesal dengan tindakan pernubuhan cawangan itu kerana tidak ada sebarang kebenaran dan pengetahuan pun yang tiba-tiba nama ada terpapar di surat khabar.

“Tindakan ini dianggap tidak bertanggungjawab dan cuba membelakangkan saya kerana saya adalah penyokong kuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Sylvester Entri Muran yang juga Menteri Muda Bekalan Air,” jelasnya.

Tr. Adin Jamban dari Sungai Kelabit Baroh yang menolak pelantikan tersebut berkata, tindakan oleh cawangan itu dianggap sebagai menghina beliau kerana beliau tidak pernah meminta jawatan tersebut.

Katanya, jika pelantikan tersebut adalah sah, saya mengumumkan peletakan jawatan dengan serta-merta kerana pelantikan tersebut menghina saya,” tambah beliau kesal.

Sehubungan itu, beliau turut mempersoalkan tindakan parti yang dilihat melantik atau memilih ahli-ahli jawatankuasa mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran individu berkaitan.

Tr. Ansok Lagga (kiri) dan Tr. Aji Eyang (kanan) menunjukkan keratan akhbar beri sokongan kepada Tr. Adin Jamban
“Siapa yang melantik saya, sedangkan saya tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat parti? Atau mereka ini hanya melantikkan sesiapa sahaja sesuka hati mereka tanpa meminta kebenaran?” 

“Pilihan raya negeri lepas, keputusan undi dari rumah panjang Benang menunjukkan undi yang banyak menyokong pembangkang dan tindakan mereka melantik saya dalam jawatankuasa mereka sedangkan saya adalah penyokong kuat Entri, menunjukkan mereka mempunyai motif yang tidak baik di sebaliknya,” katanya.

Hadir bersama pada perjumpaan Tuai-tuai Rumah Kawasan Nabor Beluru ini ialah Penghulu Sidu dan para kaunselor serta ahli Kelab Barisan Nasional Sarawak.

Sementara itu, ahli perniagaan Asing Asi dan TR Benang masing-masing telah dilantik sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang baharu, manakala Theresa Gelang, Jacky Kiu Chuang Fond dan Josephine Tuah masing-masing dilantik sebagai Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri SPDP Cawangan Beluru pada mesyuarat agung yang diadakan Sabtu lalu.

Mesyuarat agung tersebut dijalankan di Rumah Morgan, Sungai Nipa Bakong, dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Tiong King Sing.

Sumber: Adum Liu

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List